Rizman Ruzaini Tampilkan Fazura dalam Eid ul-fitr precious II

Sungguh anggun dan bergaya Fazura dalam persalinan daripada Rizman Ruzaini kali ini. Jika anda ingin tampil bergaya seperti Fazura di hari raya yang bakal tiba, dapatkan koleksi ini sebelum terlambat. Teruskan mengikuti entry ini untuk lebih gambar.

Eid ul-fitr precious II adalah siri ketiga koleksi raya daripada rizman ruzaini. Berinspirasikan kemewahan batu permata, koleksi ini di terjemah segar dari hamparan warna-warna berharga yang mempunyai nilai estetikanya sendiri. Dari biru nilam hinggalah ke hijau zamrud, keasyikkan warna- warna permata ini dimanipulasi sebaiknya keatas setiap helaian. Setiap satu daripadanya bercirikan kemewahan dan disuntik perincian tatahan batu permata pelbagai warna.

Fabrik utama untuk koleksi ini adalah chiffon yang dilapis dengan fabrik sutera crepe sebagai lining selain dari fabrik sequin dan juga French lace beaded yang bercirikan kemewahan. Italian tulle dari rona togel juga bertindak sebagai tunjang utama untuk merealisasikan treadmark terbaru dari rizman ruzaini yang memberikan ilusi tatahan baru permata di atas
kulit.

Potongan duyung menjadi silhouette utama untuk koleksi ini disamping layangan lembut sutera chiffon yang membentuk fishtail cape yang di inpirasikan dari kaftan selain dari potongan kontemperori kurung dan kebaya yang diberi nafas baru dengan idea yg lebih stylish.
Perincian susunan rombak tatahan batu permata pelbagai saiz menjadi kunci untuk koleksi ini. Selain itu, hanging beaded dengan perincian mutiara juga antara yang dominant untuk Eid ul-fitr precious II.
Muse untuk Eid ul-fitr precious II adalah jelitawan Fazura yamg sememangnya antara muse kegemaran rizman ruzaini. Ianya amat bertepatan kerana fazura sendiri digambarkan sebagai seorang figura yg amat berharga dan disayangi ramai.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV