MUZIK VIDEO SLEEQ #1 KINI DI YOUTUBE

SleeQ

Setelah berjaya melonjakkan nama dengan lagu ‘Tepi Sikit’, kini SleeQ hadir pula dengan single terbaru yang semakin mendapat sambutan hangat yang berjudul ‘#1’.

GEMilang Merdeka di GEMFIVE – Kebanggaan Malaysia!

unnamed-2

Menyemarakkan sambutan Merdeka 2015, GEMFIVE.com membawakan jenama fesyen terkenal oleh pereka tempatan menerusi portal atas talian mereka sepanjang akhir Ogos sehingga awal September ini bersempekan Kempen GEMILANG Merdeka!

ASTRO SHAW LANCAR RANGKAIAN PROMOSI POLIS EVO

IMG_4559

Kemunculan filem-filem Astro Shaw bagi tahun 2015 ternyata merancakkan lagi industri perfileman Malaysia. Terbaru, pasti para peminat filem aksi sudah tidak sabar menantikan buah tangan terbaru Astro Shaw iaitu Polis Evo! Bagi menghangatkan lagi bahang filem Polis Evo yang akan menjengah di layar perak pada 17 September 2015 nanti, Astro Shaw selaku penerbit telah merangka langkah promosi dan pemasarannya secara menyeluruh menerusi trailer rasmi filem, muzik video, sesi jelajah, aplikasi permainan, laman sesawang dan koleksi cenderahati eksklusif bagi memperluaskan promosinya kepada orang ramai. Rangkaian promosi yang secara menyeluruh ini diharap dapat membantu mengubah industri perfileman tempatan ke arah satu paradigma yang baru dan menghidupkan kembali filem tempatan setanding dengan filem luar.

Perang Eirma Fatima dan Umie Aida

MakCun

Siapa menyangka hubungan baik adik beradik antara sutradara Eirma Fatima dan adiknya Datin Paduka Umie Aida dalam diam berantakan. Memang diakui kedua-duanya berbakat besar dalam industri seni namun apa yang menjadi punca kepada keadaan tersebut bukan iri hati dengan bakat masing-masing tetapi kerana persaingan dan usaha mereka dalam memasarkan produk kecantikan masing-masing.

‘KICKOFF’ BOLA SEPAK KINI DENGAN GAYA SANTAI

kakibola
Dunia bola sepak di Malaysia bakal berubah bermula bulan Ogos ini. Sebuah rancangan bual bicara yang dinamakan Kaki Bola, memaparkan segalanya daripada perbincangan mengulas sedutan-sedutan menarik dari perlawanan-perlawanan yang terbaru hingga temu bual bersama tetamu jemputan yang turut membincangkan perihal bola sepak akan diperkenalkan kepada penyokong setia TV9. Rancangan penghidup semangat bola sepak ini bakal keudara setiap hari Jumaat, pada jam 10.30 malam di TV9 bermula Jumaat, 7 Ogos ini.

ADIK WAFIY ILHAN PENGSAN KETIKA PUASA!

ATT 7
Ketika umat Islam sedang bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak, desas-desus mengatakan bahawa adik Wafiy Ilhan telah pengsan ketika berpuasa!
Ini adalah gara-gara merajuk dengan kakaknya yang telah tuduh dia tidak berpuasa.

Serangan SKUAD SYUKUR SELALU Bermula!

IMG_8772

Skuad Syukur Selalu yang merupakan pasukan vespa yang bakal mengunjungi bazar-bazar di sekitar Lembah Klang untuk mengedarkan set iftar istimewa sempena kempen Syukur Selalu anjuran Media Prima Berhad kini secara rasminya bermula.

DIAM DIAM CHILOK BERISI : Juara QPBBB

DEX_4418

Antara tangis dan tawa, usaha Chiwan dan Achok (Chilok) selama sepuluh minggu akhirnya membuahkan hasil lumayan. Dalam program realiti Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, Chilok berentap dengan Achey, Bocik, Titan, Sumbu, dan Kepoh demi hadiah utama berupa wang tunai RM50,000. Chilok yang hanya pernah memenangi juara mingguan sekali sahaja sepanjang pertandingan ini berlangsung, hanya mampu tergamam di atas pentas apabila AG dan Yana Samsudin mengumumkan mereka adalah Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang.

ACHEY MENEMUI RM10,000 KETIKA SESAT

DEX_1913

Merangkul kemenangannya yang ketiga, Achey sekali lagi dinobatkan juara mingguan dalam Konsert Kelapan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, malam semalam. Konsert yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam malam kelmarin, Titan, Bocik, Sumbu, dan Chilok telah menghidupkan zaman persekolahan kita sempena tema minggu kelapan ini, sekolah, kolej, dan IPT.

Jom Meriahkan Karnival Pelancaran Menara FELCRA !

karnival super (1)

DERETAN artis artis popular tanahair akan bersama dengan warga kota bagi memeriahkan acara Karnival Pelancaran Menara FELCRA yang akan berlansung hujung minggu ini.Karnival ini akan berlangsung empat hari berturut-turut, bermula pada 28 Mei hingga 31 Mei depan, 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, bertempat di Perkarangan Menara FELCRA, Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV