Neelofa rai ulangtahun kelahiran dengan keluarga, peminat dan rakan artis dan media

Cantik dan unik sungguh kek Birthday Neelofa

Bertempat di Bora Asmara, Damansara. Neelofa telah meraikan majlis ulangtahun kelahiran beliau yang ke 23. Majlis yang dihadiri oleh lebih 100 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga , peminat, rakan artis dan media itu berlansung dengan jayanya walaupun cuaca agak kurang baik. Awal Ashaari selaku pengerusi majlis juga bijak mengemudi majlis dan membuatkan semua terhibur.

Sebelum sesi memotong kek, ada sesi penyampaian hadiah untuk tetamu yang berjaya menjawab soalan dengan tepat, dan hadiah istimewa tajaan AVON untuk best dress lelaki dan wanita yang masing masing di menangi oleh Iqram Dinzly dan seorang peminat Neelofa. Lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ di nyanyikan oleh Ana Rafali sebaik sebelum Neelofa memotong kek. Majlis diserikan lagi dengan sesi bergambar bersama peminat dan tetamu yang hadir. Teruskan membaca entry ini untuk lebih banyak gambar gambar candid…

Aksi spontan semasa sesi berlakon bersama Neelofa

Aksi spontan Neelofa mencium pipi adik bongsunya

Bersama barisan selebriti yang turut hadir

Neelofa memotong kek disaksikan ibunya dan hadirin yang hadir

Warna Ikan laga juga mengikut tema majlis (biru)

cantiknya Neelofa

lebih banyak gambar akan datang di Facebook media semasa 

  • Bagi saya pengalaman meraikan majlis ulangtahun kelahiran NOOR NEELOFA MOHD NOOR sangat bermakna dan tak mungkin dapat saya lupakan.Rasanya majlis ini sangat ringkas tapi menarik.LOFA bagaikan BIDADARI yang sangat jelita dan mempersona.Walaupun LOFA nampak sangat penat melayan para tetamu yang hadir tak kira dari pihak media ataupun peminat-peminatnya tapi LOFA tetap mengukir senyuman malah ada kala terdengar suaranya yang suka menegur sesiapa sahaja yang berlalu di depannya.Seandainya LOFA teruskan dengan bersikap sedemikian pastinya LOFA akan terus sukses dalam industri seni tanahair.Saya juga sangat terharu kerana keluarga LOFA sangat baik terutama ibunya yang sangat perihatin dengan tetamu yang hadir.Jujur saya pada mulanya agak rasa sedikit kecewa dengan cara sambutan dari pihak teamlofa kerana agak cuai untuk memberi layanan yang baik kepada saya sekeluarga.Namun begitu semua itu terubat bila Ibu LOFA sendiri yang bersusah payah melayan kami peminat-peminat LOFA.Mungkin saya tak sepatutnya terasa hati dengan semua ini tetapi saya jugak perlu membuktikan pada keluarga saya dan kawan-kawan saya yang majlis ini berjalan dengan lancar dan terbaik.Apapun saya sangat-sangat berterima kasih pada yang menguruskan majlis ini termasuk teamlofa yg cuba memberikan yang terbaik buat kami semua.Saya sangat teruja dengan melihat suasana biru di dalam majlis nie…..air pun biru…..AWAL ASYAARI….pun adalah tongak kekuatan majlis ni kerana dia berusaha menceriakan majlis ini,terima kasih buat mu jua AWAL ASYAARI.Majlis ini sangat- sangat menyerlah dengan senyum dan tawa LOFA bersama-sama peminat,keluarga dan pihak media.LOFA jugak yang dengan sendirinya mengatur kan keadaan agar ia tidak menjadi kelam kabut ataupun sesak.LOFA sangat-sangat menjaga hati semua yang hadir.Sesuatu yang tak mungkin dapat saya lupakan ialah saya dapat melihat sendiri usaha keras LOFA untuk mjlis itu berjalan dengan lebih lancar padahal LOFA waktu itu bergelar BIRTHDAY GIRL.Apapun LOFA telah memberikan sesuatu kenangan manis buat kami semua peminat LOFA.Saya mendoakan LOFA terus suksess dalam apajua bidang yang LOFA ceburi.Menjadi anak seni ini LOFA perlu ada prinsip LOFA sendiri.Terus berusaha dan jangan sekali-kali cepat berputus asa.LOFA boleh pergi jauh kerana kami peminat-peminat LOFA sangat setia meminati LOFA seadanya.Harapan saya agar LOFA dinobatkan pelakon terbaik dan popular ataupun paling tidak LOFA diterima oleh semua peminat-peminat di luar sana.LOFA jangan sekali-kali melupakan peminat-peminat LOFA,tanpa peminat LOFA tak mungkin berada ditahap ini.Dan yang terakhir sekali jangan lupa solat.BAGI SAYA LOFA TERBAIK……selamat HARI LAHIR…..NOOR NEELOFA MOHD NOOR….semoga hidup LOFA DIBERKATI DUNIA DAN AKHIRAT……TERIMA KASIH ALLAH kerana majlis ini berjalan dengan sebaik-baiknya……sangat-sangat BERSYUKUR……….

    • NeelofaTeam

      Hye Nasha,

      Keadaan semalam agak kelam kabut kerana perancangan asal majlis harus ditukar saat-saat akhir disebabkan cuaca yang tidak begitu baik. Sepatutnya ruang majlis mampu menampung lebih dari 100 orang jika mengikut rancangan asal (iaitu bahagian bawah open air di Bora). Namun, cuaca sblum itu yg hujan memaksa kami memindah lokasi ke bahagian tengah (berbumbung) yang sudah tentu agak sempit. Pihak pengurusan Bora pula tidak membenarkan kami menggunakan ruang bahagian paling atas (depan pintu masuk) dan bahagian kanan Bora, kerana ruangan tersebut sudah ditempah terlebihb dahulu. Sebab itu ada yang terpaksa berdiri lama utk mendapatkan seat. Harap ini boleh menjelaskan keadaan.

      Selain itu, jika ada kecuaian dan ketidaksempurnaan majlis dari pihak kami, kami meminta maaf pada anda sekeluarga. Dan kami puas hati kerana anda gembira dengan layanan dari keluarga Lofa dan Lofa sendiri.

      Harapan kami jika ada majlis di masa akan datang, anda sekeluarga tidak serik utk turut memeriahkan lagi.

      Terima kasih kerana komen anda, Insya Allah kami cuba utk memperbaiki lagi pengurusan majlis kami di masa akan datang.

      Teruskan menyokong Neelofa.

      Terima kasih daun keladi, ada masa kita berjumpa lagi.

      #Lofers

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV