Category Archives: Entertainment News

Drama Bersiri Terbaharu Di HYPPTV ‘Syurgaku Tak Sempurna’ Kini Di Saluran HYPPSENSASI.

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV dan DarkWave Pictures Sdn Bhd meneruskan kerjasama antara kedua-dua pihak dengan penghasilan sebuah drama bersiri terbaharu, ‘Syurgaku Tak Sempurna’, ditayangkan buat pertama kali dan secara eksklusif di HyppSensasi, HyppTV Saluran 116. Drama bersiri yang dinanti-nantikan, arahan Michael Ang akan bersiaran selama 30 episod bermula 16 Januari 2017, setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9.00 malam. Drama bersiri ini menampilkan barisan pelakon berbakat besar seperti Shah Iskandar, Uqasha Senrose, Raja Ilya, Aedy Ashraff dan ramai lagi.

Penjenamaan semula produk kosmetik Nubhan, Juwita Divine

Bintang Akademi Fantasia keenam (AF6), Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan melancarkan penjenamaan semula produk kosmetik miliknya, Juwita Divine.

Pelancaran itu dilaksanakan oleh Penasihat Keusahawanan & Ikhtisas Wanita kpd YAB Perdana Menteri Malaysia, YB Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersempena dengan penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Arja Lee umum kerjasama Raini Exclusive hasilkan kurta

Arja Lee

Arja Lee, atau nama penuhnya Azharudin Ramli (33 tahun) pelakon ternama Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran koleksi kurta eksklusif yang diberi nama koleksi Dhanee hasil kolaborasi bersama butik online RAINI Exclusive. Didatangkan dalam satu (1) jenis rekaan moden, koleksi Dhanee oleh ARLEE by RAINI Exclusive dihasilkan menurut citarasa Arja Lee sendiri selain memenuhi trend hipster masa kini. Kolaborasi ini juga dilihat sebagai pencetus buat jenama Arja Lee untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan fesyen moden.

Hypptv terus mempelbagaikan pilihan kandungan hiburannya dengan melancarkan dua saluran terbaharu bbc world news dan bbc first

hypptv logo

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, hari ini melancarkan penawaran kandungan terbaharu dengan dua (2) saluran BBC. Kedua-dua saluran tersebut, dalam Definisi Tinggi (HD), iaitu BBC World News (HyppTV Saluran 431) dan BBC First (HyppTV Saluran 812) kini boleh dinikmati secara eksklusif oleh pelanggan HyppTV bermula 1 Oktober 2016.

Pagari bulan arahan raja mukhriz ditayangkan di world premier eurasia international film festival di kazakhstan

pagaribulan4

Filem Pendek, Pagari Bulan arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang sebelum ini pernah memenangi Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia 27 telah ditayangkan menerusi segmen World Premiere Eurasia International Film Festival Edisi Ke-12 (EURASIAIFF) , di Almaty Kazakhstan yang telah pun berlangsung dari 24 hingga 30 September 2016.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV