ALIFF SATAR MERUNGUT TENTANG HIDUPNYA?

IMG-20151113-WA0023
Kehidupan tidaklah sentiasa indah buat kita semua. Ada kalanya ia mudah, ada kalanya ia merungsingkan fikiran. Begitu juga dengan pelakon, Aliff Satar yang dikatakan sering memberi alasan pening kepala setiap kali hendak ponteng kelas Bahasa Inggerisnya. Ingin tahu cerita selebihnya? Saksikan telefilem ‘Husin Peninglah’, Ahad ini pada jam 9.00 malam dalam Slot Cereka Ahad.

Sebuah lagi karya jenaka daripada Orangetree Production Sdn Bhd dibawah arahan Thumb Suhaimi membariskan pelakon ternama seperti Aliff Satar, Mia Ahmad, Zahirah McWilson, Aleza Shadan, Zainol McWilson, Farez Adnan, dan Abdul Halim DFKL.

Telefilem ‘Husin Peninglah’ ini mengisahkan Husin (Aliff Satar) seorang pelajar nakal dan kurang bijak dalam pelajaran. Cikgu Yunus merupakan ‘musuh’ kepada Husin. Setiap kali Cikgu Yunus masuk ke kelas untuk mengajar Bahasa Inggeris, Husin akan risau dan bosan. Oleh itu, Husin sentiasa mencari idea untuk tidak hadir ke kelas Cikgu Yunus dengan memberi alasan pening kepala. Pada mulanya Cikgu Yunus berasa kasihan tetapi apabila semuanya terbongkar, Cikgu Yunus tidak membenarkan Husin ke bilik rehat sebaliknya Husin perlu berada di kelas. Semenjak itu, ungkapan ‘peninglah’ sudah sebati dengan diri Husin sekaligus menjadikan dia popular.

Sikap Husin itu terbawa-bawa sehingga ke usia remaja. Mengekalkan ungkapan ‘peninglah’ itu digunakan kerana ibunya sering mendesaknya untuk bekerja, namun permohonannya gagal kerana keputusan SPMnya tidak memberangsangkan.

Suatu hari ketika ingin ke Pekan, Husin ternampak banyak kereta di perkarangan rumah kekasihnya, Sara (Zahirah McWilson) lantas Husin berasa tidak senang hati kerana menyangka ada rombongan meminang untuk Sara. Dalam keadaan kelam kabut, Husin terbabas terlanggar pokok dan tidak sedarkan diri. Ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri itu, Husin bermimpi Sara telah menerima lamaran seorang lelaki kacak. Semenjak itu, Husin berasa amat sedih kerana tiada siapa yang mengerti perasaannya, apatah lagi ibunya yang sering menyalahkannya kerana Husin tidak mahu mencari kerja.

Ketika Husin melayan perasaannya, Sara datang kerumah Husin bersama suami, ayah dan beberapa ahli keluarganya. Husin semakin sebak apabila menyedari Sara sedang memakai minyak wangi yang pernah dihadiahkan olehnya. Husin menjerit dan meracau seperti kerasukan kerana menganggap mereka semua datang kerumahnya hanya untuk menyakitkan hatinya.

“Eeeee… Peninglah!”

Adakah kehidupan Husin berakhir begitu saja? Tiadakah kebahagian untuk Husin? Dapatkan jawapan anda dalam telefilem Husin Peninglah, pada 20 Disember, Ahad ini, pada jam 9.00 malam dalam Slot Cereka Ahad.

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

IMG-20151116-WA0015

IMG-20151116-WA0029

IMG-20151116-WA0031

IMG-20151117-WA0009

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV