Abg Journo : Keseronokan Kerabu Bronok di Langkawi!

kerabu bronok

Syukurlah, penerbangan kira-kira 45 minit dari #KualaLumpur ke #PulauLangkawi mendarat dengan selamatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, kurang lebih hampir memasuki waktu makan tengah hari.

Selesai saja kesemua ahli rombongan mengisi perut bas persiaran yang sedia menunggu lebih awal di perkarangan balai ketibaan, abang drebar terus menuju ke restoran #KakYanNasiCampur, kasi hilang kebulur dulu.

kak yan nasi campur

14991847_10211144836402758_3302806635715683001_n

Dari sudut luaran, premis makanan di mukim Kampung Padang Gaong ini tiada yang istimewa pun, tetapi di dalamnya penuh sesak dengan pelanggan yang teringin menikmati menu eksotik, diwarisi turun-temurun penduduk pulau ini iaitu #kerabuBronok.

kak yan nasi campur

Kedengaran agak kelakar bunyinya, namun hidangan ini adalah campuran bahan asas kerabu serta potongan kecil sejenis hidupan laut menyerupai gamat dan timun laut yang dipanggil #Bronok oleh rakyat setempat.

Untuk pengetahuan korang, tekstur permukaan Bronok yang masih mentah agak licin, sama seperti kita memegang sotong kerana habitatnya membiak di kawasan pantai berselut dan berlumut.

kak yan nasi campur

Bagaimanapun, khasiatnya yang tinggi termasuk mampu menyembuhkan luka dalaman, mengurangkan risiko menghidap radang dan meneutralkan tekanan darah, membuat kerabu itu menjadi juadah pilihan warga #Langkawi, sama ada untuk dinikmati pada waktu siang mahupun malam.

Ironinya, sifat hidupan tersebut yang alah kepada haba api dan mudah mencair, maka Bronok tidak sesuai dibuat bahan masakan, cuma boleh disaji sebagai kerabu digaul sebati ramuan lain.
Bronok juga tidak mempunyai rasa asli yang jelas, namun keenakannya terasa selepas kekenyalan isinya dikunyah bersama bahan kerabu lain seperti mangga, bawang, cili merah, kacang tanah dan sebagainya.

14890432_10211144837202778_4857850846105494642_o

Jadi, kalau datang ke Langkawi, selagi tidak menjamah kerabu Bronok, maka belum sempurnalah pengembaraan korang ke atas daerah yang mula diberi status sebagai tanah bebas cukai pada 1987 itu.

Sekian.
abgjourno
#CoretanAbangJourno

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV