Monthly Archives: October 2015

MAK CUN : DARI LAYAR KACA KE PENTAS TEATER!

mediasemasa-makcun-teater-1
Mak Cun Kembali Lagi! Selepas drama bersirinya menjadi fenomena dan mendapat sambutan hangat, kini Mak Cun bakal menggegarkan pentas teater. Mak Cun yang dibintangi nama-nama besar dalam industri seni tanah air membuktikan para pelakon senior masih ‘berbisa’ dan mampu ‘menyengat’. Malah dengan nilan dan kredibiliti masing-masing, di samping gandingan muka-muka baharu, mereka terus menjadi perhatian peminat hiburan tempatan.

‘MARIA TERINDAH’ DAN ‘MEMORI CINTA #3’ – SECARA EKSKLUSIF DI HYPPSENSASI

lowres

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, hari ini secara rasminya melancarkan dua (2) drama bersiri tempatan terbaharu, ‘Maria Terindah’ dan ‘Memori Cinta #3’, yang disiarkan buat pertama kali dan secara eksklusifnya di HyppSensasi, HyppTV Saluran 116.

NUR RISTEENA IMPIKAN LELAKI KAYA

Ala Bib Poster
Tidak seorang pun dalam hidup ini yang tidak mahu hidup senang, tetapi tidak mudah untuk kita memperoleh kejayaan dan kekayaan. Hanya usaha dan kerajinan yang dapat membantu kita utnuk mencapai sesuatu yang kita inginkan. Tidak seperti Bibah, lakonan Nur Risteena dalam drama terbaharu berjudul Alaa… Bib di slot Iris bermula 12 Oktober ini, yang mahu menjadi kaya tanpa sebarang usaha. Walaupun telah dinasihati oleh ibunya supaya menerima sahaja pekerjaan yang sedia ada tetapi kedegilan bibah untuk menginginkan perkerjaan yang boleh memberikannya gaji yang lumayan menyebabkan dia terus menganggur.

Dai : Fuad bangkit, Luqman hampir tersingkir

Dai Fuad menyampaikan dakwah berjudul Di Ambang Mukallaf

7 minggu telah berlalu, Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga pantas memasuki pusingan suku akhir malam ini. Hanya tinggal empat peserta daripada kumpulan Ar-Rijaal dan An-Nisaa’ iaitu Da’i Luqman, Da’i Fuad, Da’i Hamidah dan Da’i Hidayu. Persaingan pastinya menjadi lebih sengit pada malam ini apabila mereka perlu merebut tempat ke separuh akhir yang akan berlangsung minggu hadapan. Anak-anak didik Murabbi Ustaz Elias Ismail dan Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah yang lebih mesra dipanggil Umi ini sekali lagi perlu menyampaikan tazkirah pendek yang diiringi musik akustik oleh kumpulan UNIC & The Muhibbain dengan tema kekeluargaan.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV