Monthly Archives: September 2015

SETIA – ELIZABETH TAN feat. FAIZAL TAHIR

et
Siapa yang tidak mengenali Elizabeth Tan yang merupakan gadis sensasi YouTube yang popular dengan single sulungnya ‘Knock Knock’. Hanya dengan menyampaikan lagu-lagu cover di YouTube menggunakan ukulele, Elizabeth berjaya mencuri hati peminat serta para penggemar muzik di laman YouTube. Setelah berjaya dengan single pertamanya, Elizabeth kini muncul untuk single kedua yang bertajuk ‘Setia’. Kali ini, Elizabeth mempertaruhkan muzik yang berentak pop ballad gandingan bersama sifu beliau iaitu Faizal Tahir.

De’Meises Kini Tampil dengan single ‘Biar Saja’

DeMeises

Selepas kejayaan dengan lagu fenomena ‘Dengarlah Bintang Hatiku’, De’Meises kini bukanlah nama band yang asing lagi di Malaysia. Band yang berasal dari Cianjur, Indonesia, yang terdiri daripada 4 orang anak muda iaitu Iman Lukman Asikin (Iman, vokal), Messias Mochammad Mahdi (Messi, Gitar), Neno Juliama (Neno, Bass), dan Moch. Riza Lesdiana Mulyana (Riza, Drum) kini telah berjaya menembusi ke muzik industri di negara kita setelah kian lama aktif di Indonesia.

FAIZAL TAHIR Tercalon di Anugerah MTV Muzik Eropah (MTV Europe Music Awards)

Faizal Tahir
Faizal Tahir, merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam arena industri muzik tanah air. Faizal yang terkenal dengan aksi energetik di atas pentas dan gaya persembahan yang unik serta berkarisma tinggi ini mampu membuat siapa sahaja akan ‘jatuh cinta’ dengan nyanyian dan persembahannya. Kehebatan yang dimiliki beliau tidak dapat di sangkal lagi apabila pada tahun ini Faizal Tahir tercalon di anugerah berprestij Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act Award).

Polis evo bakal jadi filem aksi terhebat tahun ini!

Official_Poster
Selama ini, memang tidak dinafikan filem aksi dari luar negara sentiasa diagung-agungkan dan mendapat hebahan meluas daripada penonton. Bad Boys, Rush Hour, Mission Impossible, Hot Fuzz dan termasuklah filem dari negara jiran, Thailand seperti Ong Bak adalah antara filem yang menjadi pujaan. Tahun ini, khas buat kaki wayang filem tempatan, Astro Shaw akan menampilkan sebuah filem bergenre aksi iaitu polis evo yang diharap bakal ‘Meletup’

Ziana Zain dilantik Duta Produk Kecantikan AgeTech

mediasemasa-zianazain-agetech-1

Kehadiran produk baru dalam industri kecantikan dan kesihatan sering menumbulkan pertanyaan buat pengguna terutamanya khalayak yang sering mencari solusi buat diri mereka. Namun seperti kata pepatah, belum cuba belum tahu. Bertempat di Hotel Istana Kuala Lumpur, Ziana Zain telah dilantik sebagai Duta Produk Agetech. Agetech dikatakan bakal menjadi solusi dan jawapan yang tepat buat mereka yang tercari cari produk yang esuai buat kesihatan dan kecantikan ramai.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV