Monthly Archives: August 2015

MUZIK VIDEO SLEEQ #1 KINI DI YOUTUBE

SleeQ

Setelah berjaya melonjakkan nama dengan lagu ‘Tepi Sikit’, kini SleeQ hadir pula dengan single terbaru yang semakin mendapat sambutan hangat yang berjudul ‘#1’.

GEMilang Merdeka di GEMFIVE – Kebanggaan Malaysia!

unnamed-2

Menyemarakkan sambutan Merdeka 2015, GEMFIVE.com membawakan jenama fesyen terkenal oleh pereka tempatan menerusi portal atas talian mereka sepanjang akhir Ogos sehingga awal September ini bersempekan Kempen GEMILANG Merdeka!

ASTRO SHAW LANCAR RANGKAIAN PROMOSI POLIS EVO

IMG_4559

Kemunculan filem-filem Astro Shaw bagi tahun 2015 ternyata merancakkan lagi industri perfileman Malaysia. Terbaru, pasti para peminat filem aksi sudah tidak sabar menantikan buah tangan terbaru Astro Shaw iaitu Polis Evo! Bagi menghangatkan lagi bahang filem Polis Evo yang akan menjengah di layar perak pada 17 September 2015 nanti, Astro Shaw selaku penerbit telah merangka langkah promosi dan pemasarannya secara menyeluruh menerusi trailer rasmi filem, muzik video, sesi jelajah, aplikasi permainan, laman sesawang dan koleksi cenderahati eksklusif bagi memperluaskan promosinya kepada orang ramai. Rangkaian promosi yang secara menyeluruh ini diharap dapat membantu mengubah industri perfileman tempatan ke arah satu paradigma yang baru dan menghidupkan kembali filem tempatan setanding dengan filem luar.

Perang Eirma Fatima dan Umie Aida

MakCun

Siapa menyangka hubungan baik adik beradik antara sutradara Eirma Fatima dan adiknya Datin Paduka Umie Aida dalam diam berantakan. Memang diakui kedua-duanya berbakat besar dalam industri seni namun apa yang menjadi punca kepada keadaan tersebut bukan iri hati dengan bakat masing-masing tetapi kerana persaingan dan usaha mereka dalam memasarkan produk kecantikan masing-masing.

‘KICKOFF’ BOLA SEPAK KINI DENGAN GAYA SANTAI

kakibola
Dunia bola sepak di Malaysia bakal berubah bermula bulan Ogos ini. Sebuah rancangan bual bicara yang dinamakan Kaki Bola, memaparkan segalanya daripada perbincangan mengulas sedutan-sedutan menarik dari perlawanan-perlawanan yang terbaru hingga temu bual bersama tetamu jemputan yang turut membincangkan perihal bola sepak akan diperkenalkan kepada penyokong setia TV9. Rancangan penghidup semangat bola sepak ini bakal keudara setiap hari Jumaat, pada jam 10.30 malam di TV9 bermula Jumaat, 7 Ogos ini.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV