Monthly Archives: April 2015

Bukan Hal Aku : Kaka Azraff ft. SleeQ

Bukan Hal Aku - Kaka ft. Sleeq 3
Tempoh empat tahun berjalan di laluan seni tanah air, Nor Atiqa Noor Azraff atau nama pentasnya Kaka Azraff dilihat terus melangkah ke hadapan dengan gaya tersendiri. Satu demi satu singlenya bermula dengan ‘Bawaku Pergi’ pada tahun 2012, ‘Infiniti Cinta’ (2013) dan ‘Terpulanglah’ (2014) berhasil menjadi siulan dan melekat di halwa telinga peminat. Demi terus mengekspresikan cintanya yang mendalam terhadap dunia nyanyian, kini Kaka mempersembahkan buah tangan baharu kepada peminat dengan lagu yang berjudul, ‘Bukan Hal Aku’.

Dunia Generasi Baru bakal Fenomena TV9

Dunia Generasi Baru
Tercari-cari identiti sebenar, bersifat ingin tahu, penuh dengan emosi tatkala berhadapan dengan sebarang masalah dan mempunyai seribu satu keraguan pasti merupakan di antara konflik dalaman yang dihadapai mereka yang bergelar REMAJA. Jika dahulu anda sentiasa ternanti-natikan drama bersiri remaja – Dunia Baru – lakonan Elyana & Pieree Andre, kini sebuah fenomena bakal lagi tercipta dengan hadirnya sebuah drama bersiri di slot Aurora – DUNIA GENERASI BARU – yang bakal bersiaran setiap Khamis, jam 8.30 malam mulai 16 April 2015 eksklusif di TV9.

SIRI LAPORAN KHAS #PULIHKANHARAPAN TV9

JambatanStelu02

MULAI 4 April 2015, penonton Berita TV9 akan dapat menyelami paparan kisah benar mangsa banjir besar di Kelantan, Terengganu dan Kedah berusaha membina semula kehidupan mereka selepas kemusnahan akibat bencana alam itu.

KARNIVAL JOM HEBOH KEMBALI DENGAN LEBIH MERIAH UNTUK TAHUN 2015!

Antara artis dan tetamu yang hadir di pentas utama untuk sesi pelancaran Jom Heboh dan turut berlintas langsung menerusi Buletin Utama

Seramai lebih 300,000 pengunjung membanjiri lokasi pertama Karnival Jom Heboh 2015 bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka. Penganjurannya buat kali ke-13 ini sejak tahun 2003 membuktikan acara tapak ini sememangnya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia untuk terus beriadah bersama stesen no.1 negara, TV3. Hadir dengan logo baru, Jom Heboh 2015 tampil dengan konsep yang lebih meriah dan bertenaga.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV