Monthly Archives: March 2015

OFFICIAL MV KNOCK KNOCK – ELIZABETH TAN

Elizabeth Tan - Knock Knock

Siapa yang tidak mengenali penyanyi sensasi YouTube iaitu Elizabeth Tan yang kini popular dengan single sulungnya yang bertajuk ‘Knock Knock’. Hanya dengan menyampaikan lagu-lagu cover di YouTube, Elizabeth berjaya mencuri hati peminat serta para penggemar muzik di laman YouTube dan bakat semula jadi yang ada pada Elizabeth telah dikesan oleh penyanyi terkemuka, Faizal Tahir. Elizabeth Tan kini juga merupakan artis di bawah naungan Faithful Music yang juga dipelopori oleh Faizal Tahir. Lagu ‘Knock Knock’ ini baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lalu dan sudah mula mendapat sambutan yang hangat sejak berkumandang di corong-corong radio dan sudah mula mengungguli carta radio tempatan.

Hanie Soraya ‘Rasa Sayang’

Hanie Soraya - Rasa Sayang

Hanie Soraya Taha atau lebih dikenali dengan nama Hanie Soraya merupakan penyanyi yang semakin dikenali di dalam industri muzik tanah air. Bermula sebagai seorang penggemar muzik di Youtube, bakatnya yang ada padanya tidak disia-siakan setelah beliau dikesan oleh Faizal Tahir. Kini bernaung di bawah syarikat rakaman milik mentornya Faizal Tahir, Faithful Music, Hanie kembali dengan single kedua beliau iaitu ‘Rasa Sayang’. Lagu berentak pop ini merupakan olahan daripada lagu rakyat yang menggunakan tajuk yang sama dan sangat sinonim dengan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Lagu yang diberi nafas baru ini telah dicipta dan digubah oleh Mike Chan, Omar K dan artis terkemuka negara, Faizal Tahir.

Lagu yang catchy ini telah pun berada di Youtube dan kini telah mencecah ‘hits’ melebihi 200 ribu tontonan dan semakin meningkat dari hari ke hari. Klip video ini secara ringkasnya menunjukkan kehidupan Hanie yang kini merupakan seorang pelajar di salah sebuah universiti di Mesir. Hampir keseluruhan video ini menunjukkan Hanie merakamkan dirinya sendiri hanya dengan menggunakan iPhone dan menggunakan aplikasi Skype untuk berhubung bersama Faizal untuk menyiapkan lagu ini. ‘Rasa Sayang’ juga telah mendapat sambutan yang hangat dari para pendengar dan sering dimainkan di corong-corong radio tempatan.

Kepada peminat-peminat Hanie Soraya, jangan ketinggalan untuk menyaksikan muzik video ‘Rasa Sayang’ yang kini sudah pun berada di YouTube.

‘SYURGA SANG PENCINTA’ OLEH PAYSLIP KINI DI YOUTUBE

Payslip Album Cover
Kumpulan Payslip membariskan remaja lingkungan umur belasan tahun yang dianggotai oleh Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass, Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar, dan Syazwan (Wan) sebagai pemain drum. Pada tanggal 27 Oktober 2014 yang lalu, buat pertama kalinya Payslip telah melancarkan album mereka yang bertajuk “Payslip” secara eksklusif di Spotify. Album yang diberi nama “Payslip” ini mempunyai 5 buah lagu iaitu, Super Hero, Syurga Sang Pencinta, Mengambil Alih, Gergasi Hijau, dan juga Biasa Saja.

Datin Alyah bakal meriahkan minggu setiausaha di Menara KL April ini!

mediasemasa-alyah-1

Meneliti Kejayaan Alyah dalam kerjaya seninya, maka pihak Asian Kitchhen Sdn Bhd telah berbesar hati membawa Alyah untuk meraikan sambutan Minggu Setiausaha yang bakal tiba ini. Tarikh 20 April 2015 dipilih sebagai tarikh untuk beliau beraksi di Restoren Berputar A360 Menara Kuala Lumpur buat julung kalinya.

TV9 BAWA SIARAN LANGSUNG KEJOHANAN ONE CHAMPIONSHIP:AGE OF CHAMPIONS

Peter Davis dan ann Osman bersedia untuk bertarung di One Championship

Tahun ini sekali lagi TV9 bakal membawakan anda sukan perlawanan seni mempertahankan diri campuran atau Mixed Martial Arts (MMA) dalam kejohanan One Championship: Age of Champions yang bakal menampilkan perlawanan dua pejuang Malaysia Peter Davis dan Ann Osman.

OGY & AG MENDENGAR PENGAKUAN IKHLAS ARTIS…

yeke

Ogy Ahmad Daud dan AG (Hot FM) akan berkongsi rahsia artis terkenal tanahair bersama penonton setia TV3 pada hujung minggu ini. Ye Ke?! Tentu ramai yang ingin tahu apa rahsia di sebalik artis pujaan mereka. Ogy dan AG akan membongkarkan kisah cinta, peristiwa suka dan duka sepanjang kerjaya artis tanah air. Jangan lupa saksikan pengakuan ikhlas mereka dalam program terbaharu TV3 Ye ke?! pada setiap Ahad, jam 9.00 malam dan telah bermula pada 1 Mac yang lepas.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV