Monthly Archives: February 2015

Kris Dayanti di Taman Bintang, April Ini!

krisDayanti-1

The Royal Chulan Damansara membawa khas penghibur terkenal KrisDayanti bagi meraikan Minggu Setiausaha yang akan berlangsung pada Khamis, 16 April ini. Bertemakan Di Taman Bintang… A Tribute to Secretaries, jamuan makan tengahari ini merupakan kali kedua The Royale Chulan Damansara meraikan minggu setiausaha.

Showcase An Evening With Anuar Zain @ Matic 2015, Mac Ini!

anuarzain-1

Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan program ‘Showcase An Evening With Anuar Zain@ MaTiC pada 6 dan 7 Mac 2015. Program ini adalah salah satu acara mega yang telah dirancang di MaTiC bersempena Malaysia Year of Festival 2015 (MyFest2015).

QUEEN OF THE CITY : Ziana Zain, Ning Baizura Noryn Aziz live April ini!

mediasemasa-3diva-1

Gabungan tiga nama hebat, tiga vokal tersendiri dan tiga ratu yang sentiasa dekat di hati peminat. Kali ini mereka disatukan di atas satu pentas yang diberi judul Diva Malaysia Live, Queen of the City. Ziana Zain, Ning Baizura dan Noryn Aziz akan berkolaborasi menjayakan Minggu Setiausaha di bukan satu, tapi dua lokasi berbeza.

Jay Walia ‘Penglipur Lara Romantik Eklektik’

ROMANTIK EKLEKTIK ALBUM COVER

Alunan gamelan bersertakan irama gitar elektrik dan lirik yang ikhlas dan tulus dari hati telah disatukan dan menghasilkan sebuah melodi yang menarik, itulah yang ingin disampaikan oleh artis ‘Rhythm and Blues’ atau R&B baru, Jay Walia.

MENTOR LEGEND : REZEKI MEMIHAK KEPADA AZMIL

mentor-legend2-1
Keenam-enam protégé Mentor Legend telah berentap dalam Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor Legend di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam malam tadi. Kesemuanya telah bertungkus lumus memberikan persembahan mereka yang terbaik melalui lagu-lagu medley mereka. Rezeki tetap dipihak Azmil, sekali lagi beliau telah dinobatkan Juara Mingguan. Dengan kejuaraannya malam tadi, bermakna Azmil telah meraih juara mingguan sebanyak tiga kali berturut-turut sepanjang berada di dalam program realiti ini.

AG & FARA FAUZANA MENERUSKAN LEGASI MUZIK MUZIK

Pengacara Muzik Muzik
Bahang Anugerah Juara Lagu 29 masih lagi dirasai dan kini program Muzik Muzik bakal membuka tirainya dengan edisi ke 30 pada 7 Februari 2015, setiap hari Sabtu pukul 6.00 petang. Lebih menarik, Muzik Muzik 30 juga akan bertukar wajah dengan penampilan hos dan set studio baharu serta paparan kandungan program yang lebih padat dan menghiburkan!

MAD MARKETS MUSIM KE-3 : SHOPPING.MAKAN.BERSANTAI

Logo_Flatten

Elfira dan Hanie di Sydney Fish Market , Australia - Copy
Masa untuk rileks dan mulakan percutian! Rancangan travelog bersiri Mad Markets kini kembali ke saluran TV9 untuk musim ke-3. Buat si gadis, rancangan ini pastinya menjadi sumber tontonan yang menarik kerana selain padat dengan informasi percutian, kelainan rancangan ini adalah mereka akan memperkenalkan kepada anda pusat atau pasar membeli belah yang anda harus lawati.

Dunia Tersembunyi : LEGASI TARI PIRING MINAGKABAU

piring 2
Senitari yang berusia 800 tahun menjadi lambang warisan kaum Minangkabau masih wujud dan dibanggakan di daerah Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Tari Piring ini dahulunya dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran kepada Sang Dewa atas limpahan rezeki menerusi tanaman padi. Kini, tarian ini dikekalkan untuk memelihara budaya dan kesenian etnik Minangkabau.
Dalam kelembutan tarian ini beserta kecekapan penarinya mengimbangi piring-piring berlilin itu, terselit juga beberapa kejutan dimana piring-piring itu akhirnya akan dipecahkan ke tanah dan dipijak berkali-kali.

MENTOR LEGEND: Sebab kenapa semua enam protege layak ke semifinal

mentor-legend-1
Sekali lagi, Protégé Mentor Legend, Azmil telah dinobatkan persembahan terbaik pada malam Konsert Battle 2, Kumpulan B di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi. Bukan sahaja Azmil menjadi juara malam itu, malah Azmil juga berada di tangga yang tertinggi dalam Kumpulan B menewaskan si gadis berbakat antarabangsa, Aina dan sang penglipurlara, Nadeera. Azmil telah bangkit daripada markah terendah 124 pada minggu sebelumnya ke markah tertinggi dengan 206 malam tadi.

SINOPSIS DRAMA : NASUHA

nasuha

Drama Nasuha adalah sebuah hasil karya terbaru arahan Shuhaimi lua dan menampilkan Tasha Shilla, Fattah Amin dan Shah Iskandar. Nasuha akan bersiaran bermula 10 Februari 2015 menerusi TV9. “Nasuha” mengisahkan persahabatan akrab Nasuha dan juga Zahid. Hidup di dalam keluarga yang miskin banyak mengajarkan Nasuha erti ketabahan dan kematangan. Dan kerana itu juga, dirinya banyak dibantu oleh Zahid sejak kecil lagi. Sehinggalah satu insiden tragis yang meragut penglihatannya.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV