Monthly Archives: January 2015

CD, VCD DAN DVD KONSERT “ANUAR ZAIN – TIGA DEKAD: MUZIK, CINTA DAN SANUBARI”

IMG_5636

Kehebatannya tidak perlu dipertikaikan lagi, pertama kali mengadakan konsert mega, Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari setelah tiga puluh tahun bergelar anak seni nyata cukup untuk membuktikan kredibiliti, reputasi, serta populariti beliau. Ternyata aura dan kekuatan penyanyi kacak Anuar Zain terletak pada muzik dan vokalnya yang berupaya menggamit hati lebih kurang enam ribu penonton yang membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam semasa konsert ini berlangsung.

MENTOR LEGEND : TUAH KEHABISAN TUAHNYA

DSC_0040

Konsert Battle 3 Kumpulan A malam semalam yang juga merupakan sebuah konsert penentuan protégé kumpulan A. Bererti sepasang protégé dan Mentor telah tersingkir atas kegagalan meraih perhatian juri-juri awam, tetap, dan undian SMS. Protégé Mentor Legend, Tuah telah tersingkir pada malam Konsert Battle 3, Kumpulan A malam tadi di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Bertentangan dengan nasib Tuah, Sarah, protégé Amy Search telah dinobatkan persembahan terbaik.

Video Klip : Senyum (Aziz Harun)

Aziz Harun yang berasal dari Brunei ini merupakan nama baru yang mula mendapat perhatian dengan single terbaru beliau yang bertajuk “Senyum”. Baru sahaja berumur 16 tahun, namun beliau mampu untuk menarik perhatian Faizal Tahir dan juga Mike Chan untuk menghasilkan lagu “Senyum” ini.

#AJL29 RAIH LEBIH 6 JUTA PENONTON

SiapaMenangAnugerahJuaraLagu29_zps007b6a65

Lebih 15,000 peminat muzik tanah air telah membanjiri Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menyaksikan Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) yang disiarkan secara langsung selama tiga jam dari jam 9.00 malam pada 18 Januari 2015, Ahad yang lalu.

GEMA AJL29: “Apa Khabar” dinobatkan sebagai Juara Lagu

ajl-candid-3

Teka Teki siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu telah terjawab dengan menobatkan lagu “Apa Khabar” dari Sonaone & Joe Flizzow. AJL 29 yang menyasikan 12 finalis berentap itu telah dipancarkan secara langsung di TV3 jam 9 malam semalam.

DELINA: KERANA ‘ANGKUH’ BADAN BINASA

unnamed-2

Slot Lestary pada setiap Rabu malam di TV3 mempersembahkan sebuah drama fantasi terbitan Filmscape Sdn Bhd dan diarah oleh Kabir Bhatia dan Rosh. Drama Delina yang dibintangi oleh Ezatty Abdullah, Fadlan Hashim, Zara Zya, dan Aedy Ashraf ini adalah sebuah drama bergenre Fantasi.

AZMIL BANGKIT SEMULA DEMI DAYANG NURFAIZAH

Mentor Legend

Protégé Mentor Legend, Azmil telah dinobatkan persembahan terbaik pada malam Konsert Battle 2, Kumpulan B di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, semalam. Setelah Dayang Nurfaizah menyatakan kekecewaannya terhadap persembahan Azmil pada minggu pertama, kali ini Azmil telah memukau para penonton, terutamanya kedua-dua juri tetap, Azmeer dan Adlin Aman Ramli sehinggakan mereka memberinya markah tinggi 46/50. Azmil dikatakan telah bangkit semula dari persembahan minggu pertamanya yang hambar. Dengan memenangi juara minggu ini, Dayang Nurfaizah dan Azmil berjaya membawa pulang sepasang Headphone jenama Beats setiap seorang. Namun markah terkumpul tertinggi masih dipegang oleh protégé Mentor Legend Ella, Aina dengan markah keseluruhan, 142.

BANANANA! MERASMIKAN TREK PERLUMBAAN RIMBA GRAND PRIX

Rimba Racer

Slot khas buat si cilik, Bananana! memperkenalkan siri Animasi 3 Dimensi terbaru bermula bulan ini. Siri animasi 13 episod, ‘Rimba Racer’ adalah hasil karya Glue Studios pasti akan menetapkan satu tanda aras baru dalam dunia animasi 3 dimensi di Malaysia selepas Upin & Ipin dan Boboiboy.

Sirah Rasulullah Tahajud Cinta – Gabungan Dato Siti, Awie, Amy Search dan ramai lagi!

mediasemasa-tahajud-cinta-sirah-rasulullah-1

Amazon Entertainment dengan kerjasama Istana Budaya membangkitkan semula Sirah Junjungan yang pernah dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2008 dan 2009, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran Junjungan Besar Rasulullah S.A.W. SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan sebuah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W.dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringin selingan lagu-lagu kisah nabi dan selawat.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV