Monthly Archives: December 2014

Carta Lagu Top iTunes – Akim & The Magistrate ‘Mewangi’ dan Fazura ‘Sayangi Dirimu’

Carta Lagu Itunes

Siapa yang tidak mengenali lagu ‘Mewangi’ yang dinyanyikan oleh Akim & The Magistrate yang juga telah memenangi “Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu” di Anugerah Industri Muzik Ke 21 (AIM 21) baru-baru ini. Lagu ‘Mewangi’ yang juga telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu telah mendapat sambutan yang hebat oleh orang ramai lebih-lebih lagi oleh peminat Akim sendiri. Ini terbukti apabila lagu tersebut telah menduduki di 5 tangga teratas di Carta Lagu Top di iTunes selama sebulan. Walaupun lagu ini boleh dikatakan masih baru, namun ia mempunyai karakter yang tersendiri dan sesuai dengan suara Akim yang kedengaran sedikit serak basah.

TV3 – AJL29 PILIH GEMA DALAM MUZIK!

AJL 29
Giliran persembahan 12 finalis Anugerah Juara Lagu ke-29 kini diumumkan di acara konsert mini istimewa yang diadakan di perkarangan pusat membeli belah Nu Sentral. Malah sebuah sidang media juga dijalankan pada hari yang sama untuk berkongsi persiapan dan konsep yang bakal diinterprestasikan di malam gilang-gemilang itu nanti. Tahun ini AJL29 memilih tema “Gema dalam Muzik” di mana pentas unggul itu kembali kepada elemen asas dan intipati sesebuah muzik. Malah malam itu juga bakal mengangkat instrumen muzik sebagai dasar terpenting di dalam penghasilan bunyi. Gabungan bunyi yang terhasil inilah yang dinamakan gema yang bakal memeriahkan AJL29.

Senarai 12 Lagu Yang Layak ke Anugerah Juara Lagu 29!

Terdapat 12 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) selepas berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 29 yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini,baru baru ini. Ikuti entry ini untuk senarai penuh

IQRA – ALBUM KOMPILASI MAWI & RAIHAN

Iqra' - Mawi & Raihan

Iqra’ – Mawi & Raihan

Apabila berbicara mengenai nasyid atau lagu ketuhanan, sudah tentu dua nama gergasi industri tempatan akan bermain di minda para pendengar iaitu Mawi dan juga Raihan. Kedua-dua barisan artis ini sinonim dengan imej ketuhanan yang sering dibawa oleh mereka. Raihan bukanlah calang calang nama di dalam industri muzik tempatan. Kejayaan mereka boleh dilihat dengan penjualan album mereka terutama sekali album yang berjudul “Puji-pujian” dengan jualan lebih dari 750 000 unit. Bukan itu sahaja, Raihan juga merupakan antara barisan artis tempatan yang pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall, London dan telah meraih lebih dari 24 anugerah tempatan dan juga antarabangsa. Selain daripada itu, Permaisuri United Kingdom, Queen Elizabeth II juga pernah bertemu dengan mereka secara peribadi. Ini secara tidak langsung telah menaikkan taraf status mereka dan juga nama Malaysia di arena industri muzik antarabangsa.

MENANGI PERCUTIAN KE KONSERT LEE MIN HO & ROYAL PIRATES!

image008

unnamed-4

Hujung tahun ini, Tonton Music (www.tontonmusic.com.my) dan Universal Music Malaysia membawakan hadiah paling istimewa buat peminat Lee Min Ho & Royal Pirates di Malaysia. Bersempena dengan lokasi persinggahan konsert aktor-penyanyi berkumpulan ini di Bangkok pada 27 Disember 2014 kelak, peminat hanya perlu mendengar susunlagu SUPER DAEBAK di Tonton Music sebanyak mungkin dan menghantar slogan paling kreatif untuk memenangi pakej percutian menyaksikan konsert mereka secara langsung.

Album ELLA #THROWBACK Kini Dipasaran!

ELLA #THROWBACK

Sebagai Ratu Rock Malaysia yang mempunyai pengikut yang ramai, Warner Music Malaysia kini menampilkan sebuah lagi album kompilasi Ella yang menggabungkan lagu-lagu terbaik Ella sepanjang beliau bergelar sebagai seorang penyanyi yang berjudul “Ella #Throwback”. Perkataan throwback dipilih sesuai dengan trend semasa yang sering diguna pakai oleh penggemar media sosial untuk mengimbau kenangan atau memori yang lepas. Lagu-lagu di dalam album ini juga pastinya akan menggamit semula kenangan kita semua terutama sekali kepada mereka yang membesar dengan lagu-lagu Ella.

Ella yang mula menempah nama di industri muzik tanah air sejak tahun 1990-an telah menghasilkan banyak lagu-lagu hits rock terbaik seperti ‘Permata Biru’, ‘Layar Impian’, ‘Kesal’, dan ‘Sembilu’. Memulakan karier nyanyiannya sejurus menamatkan alam persekolahan, Ella menyertai kumpulan The Boys dan merakamkan suara buat pertama kali pada tahun 1986, di saat kegemilangan muzik rock di Malaysia bermula. Selepas menghasilkan 2 buah album bersama The Boys, Ella mengambil langkah berani untuk muncul sebagai penyanyi solo pada tahun 1989 dan tampil dengan album hit pertama bertajuk “Pengemis Cinta” yang menampilkan lagu-lagu hit seperti ‘Pengemis Cinta’ dan ‘Permata Biru’.

Zaman kemuncak populariti Ella bermula pada tahun 1992, dimana Ella menerbitkan sebuah album bersama EMI yang berjudul “30110” dimana album tersebut telah berjaya mencipta sejarah sebagai album pertama yang mencapai jualan tertinggi dalam masa yang singkat. Pada tahun 1994 pula adalah tahun yang paling bermakna dalam karier Ella selepas hampir sedekad bergelar anak seni dimana beliau telah berjaya merakamkan sebuah album iaitu “Ella USA”. Album “Ella USA” adalah album yang dirakamkan penuh di Amerika Syarikat. Ia sekaligus telah menjadikan Ella sebagai penyanyi Malaysia pertama yang berjaya merakamkan album penuh di sana. Sepanjang kariernya juga, Ella pernah bergandingan bersama beberapa nama penyanyi besar seperti Datuk Ramli Sarip, Deddy Dores, Awie, Tam Spider, Slash dan ramai lagi. Bakat Ella bukan sahaja terpamer di pentas-pentas atau pun di corong-corong radio, bahkan Ella pernah mengembangkan sayap bakatnya di layar perak.

Salah satu kehebatan Ratu Rock Malaysia ini juga boleh dilihat pada tahun 1998 apabila Malaysia menjadi tuan rumah untuk acara Sukan Komanwel 1998 dan Ella telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema untuk acara tersebut yang bertajuk ‘Standing In The Eyes Of The World’. Ella merupakan satu-satunya artis Malaysia yang dipilih untuk menjadi penyanyi bagi lagu tema tersebut.

Album kompilasi “Ella #Throwback” ini mengandungi lagu-lagu yang hebat seperti ‘Mendung Tak Bererti Hujan’ nyanyian bersama Deddy Dores, ‘Tiada Tangis Lagi’, ‘Gemilang’, ‘Terminal Cinta’ dan juga mempunyai hasil karya dari penulis lirik dan komposer yang termahsyur di tanah air seperti Ajai, Fauzi Marzuki, Datuk M Nasir, Habsah Hassan, dan ramai lagi. Untuk lagu ‘Gemilang’ ia telah dikarang oleh Kyoji Yamamoto di mana Ella telah bergabung dengan komposer Jepun untuk menghasilkan lagu tersebut.

Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak album kompilasi Ella yang sudah dipasarkan sebelum ini, namun atas permintaan yang amat memberangsangkan dan Ella sendiri mempunyai banyak lagu hits, pihak Warner Music Malaysia dengan berbesar hati menerbitkan satu lagi album kompilasi yang lain dari sebelum ini.

Album ini merupakan album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu hit Ella dengan menampilkan 32 buah lagu yang diambil daripada album pertama beliau sehinggalah single terbaru beliau yang telah dirakam pada tahun 2013 seperti ‘Mereka Di Depan Kita’, ‘Permaisuri’ nyanyian bersama Ajai dan ‘Chinta Dulu Kala’ nyanyian bersama Azlan Typewritter.
Album “Ella #Throwback” ini merupakan satu lagi edaran Warner Music (M) Sdn Bhd dan boleh didapati dengan harga RM29.90.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV