Monthly Archives: November 2014

12 PESERTA BERENTAP UNTUK MENAWAN HATI SIFU MENTOR

DSC_7585

12 peserta Mentor Legend telah pun diperkenalkan kepada umum menerusi Showcase Mentor Legend yang diadakan di One City Mall Sabtu lalu. Kini, tanggungjawab enam mentor tersohot tanah air perlu menggalas tanggung jawab berat untuk memilih seorang sahaja peserta dan sekaligus bergelar protégé untuk mara ke pentas bertarungan Mentor Legend.

Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris di Astro First Ekslusif bermula 20 Nov Ini!

Press Ad

Musim cuti persekolahan bakal tiba, dan Astro tidak ketinggalan membariskan program-program terbaik untuk dinikmati seisi keluarga. Buat pertama kalinya, Astro First menerusi Astro First Ekslusif mempersembahkan sebuah filem televisyen genre famili komedi, Strawberi dan Karipap Sesat Kat Paris, karya berkualiti premium yang diterbitkan khas untuk saluran ini berlatarbelakangkan kota Paris dan dibintangi pelakon mantap seperti Lisa Surihani, Nabil Ahmad, Nellydia Senrose, Zizan Nin, Mia Sara Nasuha & Ryqarl Iskandar. Ia bakal bersiaran dari 20 November 2014 di Astro First Ekslusif (Saluran 480)

(Gambar) Pemenang Anugerah Skrin 2014!

Para Pemenang ASK2014

Segala spekulasi dan teka-teki telahpun terjawab apabila nama barisan pemenang baharu Anugerah Skrin 2014 diumumkan. Bersiaran secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 7 November 2014 lalu, bermula daripada jam 9.00 – 11.30 malam, Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) mempertaruhkan 31 kategori yang merangkumi drama, filem, penerbitan dalaman dan teknikal. Memilih tema ‘Anggun & Prestij” sebagai konsep keseluruhan untuk persembahan, ASK 2014 telah menampilkan Fahrin Ahmad sebagai hos yang bergandingan dengan selebriti-selebriti popular antaranya, Zul Ariffin, Nabila Huda, Shukri Yahaya, Tasha Shilla, Fiza Sabjahan, Fara Fauzana dan Amyra Rosli untuk mengemudikan majlis penganugerahan penuh gemilang itu. Selain itu, TV9 juga tidak ketinggalan menyiarkan acara karpet merah dikendalikan oleh Izzue Islam dan Dynas Mokhtar yang juga bersiaran menerusi program HIP TV dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam. Teruskan mengikuti entry ini untuk foto pemenang ASK 2014!

MUKA CARI MAKAN JUARA LIGA LAWAK SUPERSTAR MUSIM 2

Liga Lawak Superstar

Rancangan Liga Lawak Superstar musim ke-2 melabuhkan tirai dengan menyaksikan pasukan Muka Cari Makan yang dianggotai Naz Rahman, Pian Kepoh dan Uncle Jo dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang ganjaran bernilai RM200,000 beserta trofi.

Dato Ac Mizal & Datin Emylia dilantik Duta Produk L’Rose

dato-ac-lrose-1

Baru-baru ini telah Dato Ac Mizal & Datin Emylia telah dilantik menjadi Duta Produk L’Rose Perfect Body Shape keluaran RMZ health and Marketing. Ini kerana mereka berdua telah berpuas hati dengan keberkesanan produk itu yang telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 7-8 kg dalam masa sebulan tanpa diet dan senaman.

Keputusan Malam Anugerah FFM 26

festival-filem-malaysia-26-1

Malam Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM 26) telah berlansung di Auditorium Tunku Puan Chik Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sg Gadut, Negeri Sembilan bagi meraikan karyawan-karyawan industri perfileman di Malaysia. Sebanyak 20 anugerah telah diberikan pada malam ini. Penerima anugerah juga akan menerima wang tunai dan trofi. Majlis turut diserikan dengan persembahan artis terkenal seperti M. Nasir, Hafiz Suip, Alyah, Kumpulan Jambu dan Ramai Lagi. Majlis diacarakan oleh Fahrin Ahmad dan Fazura. Teruskan mengikuti entry ini untuk keputusan FFM 26.

30 Lagu Bakal Berentap di Semifinal Muzik Muzik 29!

pc-separuh-akhir-muzik-1

Muzik Muzik yang ke 29 kini dengan bangganya memperkenalkan 30 buah lagu yang bakal berentap di separuh akhir dan seterusnya 12 buah lagu akan mara ke Anugerah Juara Lagu 29 yang bakal diadakan pada bulan Januari 2015. Separuh akhir Muzik Muzik 29 ini bakal diadakan bermula pada 14 November untuk memperkenalkan 10 buah lagu. Diikuti dengan 11 buah lagu lagi pada 21 November, dan 9 buah lagu pada 28 November di mana pada episod ini bakal diumumkan juga kesemua 12 lagu yang berjaya mara ke AJL 29. Teruskan mengikuti entri ini untuk senarai penuh pencalonan.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV