Monthly Archives: October 2014

SHAARNAZ AHMAD BERDENDAM DENGAN NELYDIA SENROSE?

SKD 2

Shaarnaz Ahmad berdendam dengan Nelydia? Adakah kerana sakit hati kerana pernah dituduh menjadi pemusnah cinta di antara Nelydia dan Qi Razali dahulu, Sharnaaz ingin membalas dendam? Betul, tak dinafikan Sharnaaz ingin membalas dendam tetapi itu hanyalah watak yang perlu dijayakan oleh Sharnaaz dalam drama bersiri terbaharu di slot Ratu TV9 iaitu Setitis Kasih Darmia.
Drama bersiri yang menggandingkan mereka berdua ini akan mula bersiaran di TV9 pada 14 Oktober, setiap Selasa dan Rabu jam 8.30 malam

Warner Music Malaysia & KKBox IPT Tour 2014

unnamed

Beberapa barisan artis Warner Music Malaysia bakal mengadakan persembahan pada hari konvokesyen pelajar-pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor pada Isnin ini. Pihak Warner Music Malaysia telah bekerjasama dengan pelajar UTHM, Batu Pahat, Johor untuk menjayakan program tersebut yang juga diberi nama sebagai Festival Konvokesyen 2014 (Festkon’14) bersempena dengan hari konvokesyen pelajar UTHM. Program ini adalah program aktiviti pelajar yang utama di Institut Pengajian Tinggi Awam bagi meraikan mahasiswa, terutamanya mereka yang akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen tersebut.

Makan Malam bersama Anuar Zain Penuhi Harapan Pesakit Kanak Kanak di IJN

anuar-zain-ijn-1

Anuar Zain bakal memeriahkan majlis makan malam amal sempena ulangtahun kedua Pusat Jantung Kanak-Kanak Kongenital IJN (IJN PCHC) pada 5 Disember 2014 di Grand Ballroom, The Majestic Hotel, Kuala Lumpur jam 8-11malam. Ia bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membantu pesakit jantung yang terdiri dari golongan kanak-kanak. Peminat yang ingin mendapatkan tiket untuk majlis ini bolehlah melayari laman web www.ticketcharge.com.my manakala ntuk pembelian meja korporat boleh dibuat secara terus melalui talian +03-2617 8439/8317/8465 (Aziee Jais)

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV