Monthly Archives: September 2014

Hafiz Hamidun Lancar Album Zikir Terapi Diri 3

hafiz-hamidun-zikir-terapi-diri-3-1

Setelah menghasilkan album Zikir Terapi Diri 1 dan 2, kini Hafiz Hamidun tampil dengan album Zikir Terapi Diri 3 yang juga merupakan album zikir terakhir dari beliau. Kemunculan album solo kelima Hafiz Hamidun ini merupakan kesinambungan daripada sambutan luar biasa yang telah diberikan oleh masyarakat, dengan jumlah terkumpul jualan album sebelum ini mencecah 400 000 unit.

Selamat Malam Cinta – Album Sulung Encik Mimpi

encik-mimpi

Walaupun agak baru di dalam industri muzik tanah air, penyanyi yang menggelarkan dirinya dengan nama Encik Mimpi ini telah membuktikan beliau mampu mencuri perhatian penggemar muzik tanah air dengan keunikan beliau. Dengan keberanian beliau yang tampil dengan wajah bertopeng putih, beliau telah mencetuskan fenomena di dalam industri hiburan yang membuatkan orang ramai tertanya-tanya siapakah identiti sebenar penyanyi misteri ini.

DA’I 2: FARHAN UNDUR DIRI

Da'i 5

Minggu lalu pentas Da’i musim ke-2 dikejutkan dengan berita pengunduran salah seorang peserta yang sepatutnya beraksi pada malam itu. Da’i Farhan atau nama sebenar beliau, Nik Ahmad Farhan bin Nik Muhamad yang berasal daripada Tanah Merah, Kelantan terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan perjalanannya untuk bergelar pendakwah Milenia atas faktor kesihatan. Da’i Farhan telah dikejarkan ke hospital berdekatan oleh pihak produksi Jumaat lalu setelah mengadu sakit di bahagian dada. Da’i Farhan kini masih lagi dirawat di Hospital Sungai Buloh kerana penyakit “Pneumothorax” iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan paru-paru menjadi kecut kerana terdapat kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru.

Meet & Greet bersama Pelakon Lagenda Budan setan 3 di Jb!

Lagenda Budak Setan 3 Kasyah

Berita baik untuk warga Johor Bharu, Bersempena dengan tayangan “Lagenda Budak Setan 3 – Kasyah” yang sedang mendapat sambutan yang hangat di seluruh pawagan di Malaysia, Maya Karin akan mengadakan sesi ‘Meet & Greet’ bersama peminat peminta beliau pada 25 September 2014 bersamaan dengan Khamis ini. Sesi ‘Meet & Greet Bersama Maya Karin’ ini akan diadakan di TGV, Aeon Tebrau City Shopping Centre, Johor Bahru bermula jam 8.00 malam. Peminat yang bertuah pada malam tersebut akan dapat peluang untuk menonton ‘Lagenda Budak Setan 3 – Kasyah’ bersama Maya Karin!!

DIDI ASTILLAH TAMPIL DENGAN ALBUM SULUNG

image003

Didi Astillah – Itulah nama bagi gadis kecil molek yang memulakan perjalanan seninya seawal usia semuda 3 tahun. Didi merupakan anak kelahiran Sandakan, Sabah yang kini berusia 18 tahun. Karier Didi dalam bidang seni bermula seawal usianya 3 tahun dimana beliau pernah tampil dengan sebuah album bertajuk “Adik-Adik Mutiara” bersama kakaknya Bella Astillah dan mereka juga pernah memiliki 10 buah album sejak itu.

Maaf jika aku tak sempurna : Taruhan baru Slot Akasia!

MJATS 43

Selepas fenomena drama “Rindu Awak 200%”, Slot Akasia TV3 kali ini mempertaruhkan pula Drama “Maaf Jika Aku Tak Sempurna” arahan Suhaimi Lua. Drama ini akan menemui penonton bermula hari ini jam 7 malam di tv3 dan menampilkan Fahrin Ahmad, Sara Ali, Tasha Shila, Amy Mastura, Mak Ros Kilauan Emas, dan ramai lagi!.

“Maaf Jika Aku Tak Sempurna” Mengisahkan Melina, anak gadis Datuk Zakri yang hanyut dalam keseronokan hidup sebagai anak muda ibukota. Pergaulan bebas dan sikap yang suka berlibur di kelab-kelab malam membuatkan Datuk Zakri dan Datin Maziah berasa risau. Pembelajaran dan kuliah-kuliah juga sering diabaikan gadis berusia 23 tahun itu. Melina berubah menjadi anak gadis yang angkuh, sombong, lepas laku dan sering melawan apabila dinasihati. Atas sebab itu, Datuk Zakri terpaksa meminta pertolongan anak lelaki sahabat baiknya iaitu Luqman Haqeem untuk menjaga Melina. Luqman Haqeem adalah anak tunggal kepada Rashid dan Aliah yang tinggal di Cameron Highlands. Sekembalinya dari UK selepas menamatkan pembelajaran, Luqman bekerja sementara di kebun sayur milik keluarganya di tanah tinggi tersebut.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV