Monthly Archives: August 2014

‘KOTAK TV SPECIAL’ AKAN BERSIARAN DI ASTRO RIA

image007

Kumpulan Kotak telah ditubuhkan pada 27 September 2004 di mana mereka menjadi juara dari sebuah pertandingan program TV “The Dream Band”. Band yang berasal dari Jakarta ini terdiri daripada 3 pemuda iaitu Tantri (vokalis), Chua (pemain bass), dan Cella (pemain gitar) tampil dan memperjuangkan lagu-lagu berkonsepkan modern rock. Sepanjang 9 tahun mereka berada di industri muzik Indonesia, kumpulan Kotak telah mengeluarkan 4 album studio dengan beberapa pencapaian dan anugerah daripada Industri Muzik Indonesia dan Anugerah Planet Muzik.

SHAE – ‘CINTAKU TLAH MATI UNTUKMU’ KINI DI YOUTUBE

sshae

Berbekalkan suara yang lantang dan lunak, Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething yang berasal daripada Jakarta, Indonesia ini tentunya telah menggegarkan industri muzik Malaysia melalui single pertamanya ‘Sayang’. Shae yang memiliki auranya tersendiri telah mencuri hati para peminatnya melalui lagu ‘Sayang’. Namun, ia tidak mustahil untuk beliau mencuri hati para peminat beliau buat kali kedua melalui single keduanya ‘Cintaku Tlah Mati Untukmu’ yang juga dipetik daripada album sulungnya “The First”.

Saloma : pengalaman terindah dalam karier seni Nabila Huda

filem-saloma-4

Setelah membawakan filem televisyen terdahulu seperti Anugerah Dendam yang Terindah, Qadr, Panik dan NY Cinta, Astro First Ekslusif kali ini menawarkan kisah hidup Biduanita Negara iaitu “Saloma” untuk menemui penonton dari Khamis 28 Ogos 2014.

MELLY GOESLAW KEMBALI DENGAN ‘CINTA DAN IBADAH’

image008

Siapa yang tidak mengenali penyanyi dan komposer yang terkenal dari seberang yang bernama Mellyana Goeslaw Hoed atau lebih akrab dengan panggilan Melly Goeslaw ini. Telah terbukti bahawa semua lagu beliau telah menjadi hit dan laris di pasaran Indonesia mahupun Malaysia. Melly telah mencurahkan lebih daripada separuh umurnya untuk dunia seni, sehinggakan sudah tidak terkira berapa ratus lagu yang telah dicipta olehnya dan beliau juga telah banyak menggondol anugerah di dalam industri muzik diatas kegigihannya didalam membangunkan industri muzik nusantara.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV