Monthly Archives: July 2014

“NIDJI RELOADED” AKAN BERSIARAN DI TV9 PADA RAYA KE-4

image007

Nidji merupakan sebuah kumpulan yang berasal dari Jakarta yang telah ditubuhkan pada tahun 2002. Mereka juga merupakan sebuah kumpulan yang tidak asing lagi di rantau Asia ini dan amat popular dengan lagu-lagu hit seperti ‘Sudah’, ‘Hapus Aku’, ‘Laskar Pelangi’ dan ‘Biarlah’.

FEMESBAZAR #SUPERAYA dapat sambutan hangat!

928031_467647283337580_1996469889_n

FEMES BAZAAR bazaar No.1 pilihan para peniaga online dan selebriti telah mengadakan bazaar #SUPERRAYA pada 19 & 20 Julai 2014 yang lalu edisi 1435 hijrah bertempat di Tierra Crest, Kelana Jaya sesuai dengan menyam- but ketibaan bulan Syawal beberapa hari lagi. Terdapat pelbagai pakaian dari hujung rambut ke hujung kaki seperti tudung, baju, dan kasut sesuai buat mereka yang masih tercari-cari busana hari raya mereka dan juga variasi kuih raya.

MAJLIS BERBUKA PUASA FEMESBAZAAR & WIREFAME ENTERTAINMENT Meriah!

10499224_261254377414555_785420206_n

FEMES BAZAAR bazaar No.1 pilihan para peniaga online dan selebriti telah mengadakan bazaar #SUPER- RAYA pada 19 & 20 Julai 2014 yang lalu edisi 1435 hijrah bertempat di Tierra Crest, Kelana Jaya sesuai dengan menyambut ketibaan bulan Syawal beberapa hari lagi. Femes Bazaar dan pihak Wirefame Enter- tainment juga telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim daripada Sadaqah Ehsan pada hari pertama bazaar #SUPERRAYA (19 Julai 2014) itu berlangsung dihadiri oleh artis-artis Wirefame, para artis jemputan dan para wartawan. Majlis berbuka puasa ini memberikan suasana yang cukup ceria dan santai dengan khemah istimewa yang ditatarias cantik oleh pihak Tentda daripada Mahligai Creative bagi meraikan tetamu jemputan istimewa mereka.

Syawal Berlian Safi Rania Diamond bersama Ziana Zain!

intsta-zianazain-3

Safi, jenama halal no.1 Malaysia terus memperkasa wanita tentang kesihatan kulit wajah dan perawatan anti penuaan melalui majlis Syawal Berlian Safi Rania Diamond. Majlis ilmu sehari bersama warga Angkatan Tentera Maaysia (ATM) itu telah dianjurkan di Foyer Dewan Perkasa, Wisma perwira, Kementerian Pertaanan Malaysia, Kuala Lumpur.

LOKO “PEMUKUL GENDANG” (DRUMMER) MonoloQue BERSARA

image (1)

“Disini, duka cita dimaklumkan bahawasanya ‘mesin drum, pemukul gendang’ kami, kawan akrab kami, pemegang cap mohor bunyian drum dari Butterfingers Transcendence sehingga monoloQue Corak-2. Encik Hafiz atau nama panggilannya, Loko, akhirnya bersara dari bidang muzik bermula pada tarikh ini.

Koleksi Terbaik “SIRI MAMPU MILIKI” kini di pasaran!

image010
Warner Music Malaysia ingin memperkenalkan satu siri album bajet iaitu album-album ‘Siri Mampu Miliki’ keluaran Warner Music Malaysia sendiri. Album bajet ‘Siri Mampu Miliki’ ini merupakan album-album kompilasi segar di mana Warner Music mengeluarkan kembali album kompilasi dengan 14 buah lagu-lagu terbaik untuk setiap album. Bajet ‘Siri Mampu Miliki’ ini berlangsung sejak bulan Mei 2014 sehingga awal tahun 2015. Hampir 40 buah album akan dikeluarkan dalam jangka masa 10 bulan, di mana setiap bulan akan menerbitkan 4 buah album ‘Siri Mampu Miliki’ ini. Dengan harga serendah RM14.90, album kompilasi ini mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang dambakan lagu-lagu evergreen dari artis kesayangan mereka.

Ewana.FM yakin bilangan pendengar akan bertambah dalam masa terdekat!

mediasemasa-berbukapuasa-ewanafm-1
Ewana.fm, sebuah stesen radio online yakin bahawa mereka berada di landasan yang betul apabila berjaya meraih hampir 10 000 pendengar pada satu satu masa siaran. Peningkatan ini didorong oleh ramainya golongan remaja yang inginkan sesuatu yang baru serta lari dari kebiasaan, ciri-ciri yang diketengahkan ewana.fm menepati citarasa mereka. Tambahan pula, trend untuk mendengar radio secara online kini makin mendapat tempat di hati pendengar.

Gelaran Gadis “SEKKISEI Cinderella Malaysia” 2014 milik siapa?

DPP_0000062

Kose Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan sebuah pertandingan pencarian Gadis “SEKKISEI Cinderella Malaysia”, Peringkat akhir pencarian itu berlansung di Mid Valley Megamall. Setiap pemenang dari setiap negara akan berkesempatan untuk menghadiri Party ulangtahun ke 30 SEKKISEI yang bakal diadakan di Jepun tahun hadapan.

HYPPTV MENYOKONG TAPAUfest 2014 – FESTIVAL KREATIF BELIA SUMBANGAN ORANG RAMAI YANG PERTAMA

liyanafizi.tapaufest.jpg
Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah, HyppTV baru-baru ini telah memberikan sokongan buat TAPAUfest 2014, festival belia kreatif selama satu (1) hari untuk meraikan golongan belia Malaysia yang mempunyai bakat kreatif yang terbaik.

Tiket Konsert Shila Amzah telah dijual bermula 28 Jun 2014!

shila 192 x 132-01
Mega Ultimate Sdn Bhd dan Shila Amzah Entertainment Berhad bersama menganjurkan Shila Amzah Konsert di Malaysia pada 13 September 2014 (Sabtu), 8pm di Mega Star Arena. Tiket konsert telah dijual secara rasmi pada 28 Jun, kelas tiket adalah VIP – RM268, PS1 – RM138, PS2 – RM98 (Semua harga tidak termasuk kos pengendalian RM3).

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV