Monthly Archives: June 2014

Gelaran Mr Planet Malaysia 2015 milik Peserta dari Perlis!

mediasemasa-misterplanetmalaysia2015

Mohd Nazmi Nordin, peserta yang mewakili negeri Perlis telah dinobatkan sebagai Mr Planet Malaysia 2015. Kemenangan ini sekaligus melayakkan beliau untuk berentap di Mr Planet Universe di Madrid, Sepanyol tahun hadapan.

Jamal Abdillah & Endang S. Taurina bakal memeriahkan Majlis 1001 Malam di PWTC Ramadhan ini!

jamal-abdillah-endang-estaurina-1
Bersempena dengan keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadhan al-Mubarak ini, Persatuan Kebajikan Persona Selangor Dan Kuala Lumpur (PERSONA) akan menganjurkan ‘1001 Malam’ Majlis Berbuka Puasa 2014 (1435H) pada 19 Julai 2014 Sabtu, jam 7 malam hingga 11.30 malam bertempat di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur bagi meraikan tetamu kehormat, tetamu jemputan, anak-anak yatim, syarikat korporat dan ahli-ahli YSLM.

Anuar Zain Ajak Peminat Bercuti di Jordan!

press-conference-magical-jordan-with-anuar-zain-3

Buat julung-julung kalinya Anuar Zain mempelawa peminat untuk bercuti bersama beliau ke sebuah negara penuh magis, Jordan. Jordan begitu sinonim dengan tapak warisan dunia seperti Petra, Jerash, Amman Citadel dan lain-lain lagi. Malah keunikan Laut Mati turut menjadikan Jordan terkenal di mata dunia. Semua ini bakal dinikmati ole para peinat yang mengikuti percutian ini.

KEPOH, SUMBU & MMMMM MARA KE KONSERT AKHIR BINTANG MENCARI BINTANG 2

Finalis Akhir BMB2

Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) hampir berada di penamat. Tinggal satu minggu lagi untuk melangkah ke konsert akhir. Malam Ahad lalu, telah menyaksikan kumpulan KEPOH (Adlin Aman Ramlie), SUMBU (Ebby Yus) dan MMMMM (Afdlin Shauki) mara ke pusingan akhir yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 22 Jun 2014 nanti. Sementara itu, kumpulan TOKAN (Faizal Ismail) dan LAMPU (Saiful Apek) terpaksa meninggalkan pentas BMB2 apabila gagal meraih markah tertinggi.

TV3 & TV9 Meraikan Hari Bapa Menerusi Rangkaian Program Terhebat

Cerekarama - Beruk Tok Ayah (1)
‘Ayah dan Ibu, itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari’. Demikian antara bait-bait lagu popular Ayah Dan Ibu dendangan Allahyarham Sudirman Arshad yang tersirat mesej, mengajar setiap anak menghormati dan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.

Tiada Penyingkiran, debaran semakin kencang untuk peserta Bintang Mencari Bintang 2!

Tiada penyingkiran bagi TOKAN, KEPOH, MMMMM, SUMBU & LAMPU minggu ini

Debaran semakin kencang apabila Bintang Mencari Bintang musim kedua telah sampai ke peringkat separuh akhir. Dua minggu yang lalu, anak didik Afdlin Shauki, OOOOO gagal meraih markah dan undian yang tinggi daripada barisan juri profesional serta penonton lalu kumpulan itu telah tersingkir pada pusingan pertama.

(Gambar) Lebih 12 Selebriti di majlis pelancaran produk buang lemak

14200365549_0550ff8baa_o

Baru baru ini telah berlansung satu majlis pelancaran untuk produk buang lemak tanpa pembedahan iaitu Vanquish. Seramai lebih 12 orang selebriti telah hadir memeriahkan majlis. Antaranya ialah Amy Search, Salamiah Hassan, Daphne Iking, Atilia, Dafi, Sherry Ibrahim, Rohana Jalil dan ramai lagi. Masing-masing teruja dengan produk ini, manakan tidak, anda cuma perlu berbaring tetapi tidak akan disentuh mesin ini. Pada masa yang sama, lemak-lemak dalam badan anda akan dipecahkan dengan mudah dan cepat.

Telemovie “Beruk Tok Ayah” gabungkan 3 pelakon lelaki terbaik

beruk 12

Sebuah telemovie khas yang memaparkan kisah pengorbanan seorang ayah bakal menemui penonton 14 Jun ini. Disamping menampilkan 3 pelakon yang pernah dinobatkan sebagai pelakon lelaki terbaik iaitu Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham & Shafie Naswip, telemovie ini juga turut menampilkan seekor beruk bernama Comel.

Cerita Cinta Kita : Aeril Zafrel & Wawa Zainal di TV 3

CCK_poster

Bersempena dengan sambutan ulang tahun TV3 yang ke-30 pada bulan Jun, saksikan sebuah drama eksklusif, ‘Cerita Cinta Kita’ yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam mulai 4 Jun 2014. Lebih istimewa, drama bersiri 22 episod ini merupakan gandingan pertama pasangan suami isteri, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal di skrin TV.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV