Monthly Archives: May 2014

Keputusan Penuh ABPBH 2013!

ABP-2013-logo

Keputusan ABPBH 2013 yang telah diumumkan tadi agak menarik, ramai artis baru berjaya merampas gelaran sebagai antara bintang popular dari artis senior. Antara yang mencuri perhatian kami adalah kejayaan Siti Saleha meraih 2 trofi (Anugerah Pelakon Wanita Popular untuk TV dan Filem). Tahniah kami ucapkan. Secara keseluruhan bagi kami, konsep magis alam yang ditonjolkan kali ini agak kurang perencahnya dan kelihatan banyak kerusi yang kosong ketika majlis berlansung menimbulkan tanda tanya adakah ABPBH 2013 ini tidak mendapat sambutan seperti selalunya. Mungkinkah disebabkan lokasi penganjurannya yang bukan lagi Arena Of Stars Genting Highland, atau terlalu banyak program yang berlansung pada hari ini seperti perlawanan bola sepak, hari belia dsb.

Apa pun, tahniah kepada semua pemenang. Teruskan mengikuti entry ini untuk senarai penuh.

‘MIRANDA’ & ‘ROMI CINTA JULIA’ : “Masihkah Ada Bahagia Di Sebalik Duka?”

episod-akhir-miranda-romi-cinta-julia
Nampaknya minggu ini peminat setia drama siri ‘Miranda’ dan drama siri ‘Romi Cinta Julia’ dari slot Lestary bakal mengetahui kesudahan dua drama popular TV3 ini yang telah bersiaran hampir tiga bulan.

VC ‘DENGARLAH BINTANG HATIKU’ – De’Meises

‘… Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan tepati …’

Siapa yang tidak kenal akan keratan ayat-ayat tersebut. Ini merupakan salah satu lagu yang telah meletup di Indonesia dan juga telah menempah nama di Malaysia. Pertama kali ia didendangkan di corong-corong radio di Malaysia, lagu tersebut terus melonjak naik dan telah menguasai carta lagu-lagu popular di stesen-stesen radio di Malaysia. Begitu hebat impak lagu ini kepada pendengar-pendengar di sini sehingga nama kumpulan bagi lagu ini seringkali di cari.

De’Meises merupakan nama kumpulan yang telah membawa fenomena kepada lagu ini. Mari kita sama-sama dengarkan lagu ini dan menghayati lirik yang tertulis.

‘SELAMANYA PERMAISURI HATIKU’ – Istimewa Hari Ibu TV3!

Cerekarama ‘Sehangat Dakapan Mama’ (2)

Seluruh rakyat Malaysia akan meraikan sambutan Hari Ibu pada 11 Mei 2014 nanti bagi menghargai pengorbanan dan jasa seorang ibu. Tidak ada harta mahupun wang ringgit dapat menjadi galang ganti kasih sayang seorang ibu, yang sanggup melakukan apa sahaja sedari kita kecil lagi sehinggalah kini. Demi anak-anak, sang Ibu tidak pernah mengeluh menahan lapar atau bersengkang mata, hanya untuk membahagiakan permatanya.

(gambar) Misha Omar & Firos Ezzwan Selamat Disatukan

misha3

Tahniah kami ucapkan kepada Selebriti Misha Omar dan pasangan Firos Ezzwan kerana telah selamat diijabkabul tengahari tadi. Upacara Akad nikah disempurnakan oleh abang kepada Misha, Mohd Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat. Misha menerima seutas gelang tangan emas sebagai mas kahwin. Semoga perkahwinan ini kekal hingga akhir usia.

“FAJAR AIMAN” GANDINGKAN FARALYNA IDRIS & SYARUL RIDZWAN

Fajar Aiman (12)
Menyusuli “Janji Jaslina”, saksikan drama bersiri terbaharu, “Fajar Aiman” terbitan Suhan Movies yang akan mengisi slot Azalea TV3 bermula 5 Mei 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang. Drama bersiri 20 episod arahan Hashim Rejab dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salim membariskan pelakon-pelakon handalan tanah air seperti Faralyna Idris (Nur Fajar), Syarul Ridzwan (Aiman), Farah Ahmad (Erma), Fauzi Nawawi (Suffian), Watie Sadali (Najwa) dan Azhan Rani (Shafie).

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV