Monthly Archives: April 2014

Anuar Zain Tunai Janji Beri Yang Terindah

terindah-anuar-zain-1

Tentunya peminat dan para setiausaha yang hadir di Majlis Makan Tengahari Sempena Minggu Setiausaha bersama Anuar Zain berpuas hati dan rasa berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. Masakan tidak, setiap inci majlis dan persembahan dirancang dengan teliti dan kesemuanya bergabung lantas memukau pandangan dan halwa telinga setiap yang hadir. Lantas menjadi kenangan yang terindah.

Ziana Zain Gembira dapat hiburkan peminat di Kuantan

fb-ziana-zain-ms-garden-21

Buat julung kalinya, peminat Ziana Zain dari pantai timur dapat berhibur secara live di tempat sendiri apabila penyanyi itu diundang untuk menjayakan majlis makan tengahari sempena minggu setiausaha anjuran Hotel MS Garden Kuantan, Pahang. Majlis yang berlansung selama hampir 2 jam itu berjaya menarik hampir 400 orang peminat dan para setiausaha untuk hadir. Menurut Ziana Zain, ini adalah kali pertama beliau mengadakan minggu setiausaha di Kuantan dan gembira serta terharu dengan sambutan yang diberikan.

Almy Nadia Sah Milik Fizz Fairuz! Tahniah!

gambarnikahfizzalmy

Semalam telah berlansung Majlis Akad Nikah antara pasangan selebriti Almy Nadia dan Fizz Fairuz. Kira-kira jam 6 petang 26 April 2014, pasangan ini sah diijabkabul dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan selebriti ini berlansung di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang. Fizz Fairul turut menyerahkan wang hantaran RM 20 000 bersama Mas Kahwin RM 1001. Tahniah dan semoga perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat.

Dressing Paula Lancar Koleksi Musim Panas!

dressingpaula-launch-23

Baru-baru ini telah berlansung majlis pelancaran busana Koleksi Musim Panas sebagai tambahan kepada koleksi panas yang telah dilancarkan awal tahun ini. Koleksi ini mengetengahkan cetakan bunga-bungaan yang memukau. Turut hadir pada majlis itu adalah beberapa selebriti tempatan seperti Atilia, Elain Daily dan ramai lagi. Teruskan mengikuti entry ini untuk melihat koleksi dan gambar sekitar majlis 🙂

Teka Teki : album terbaru Maya Karin!

maya-karin-teka-teki-1
Setelah lama menyepi didalam bidang nyanyian, pada Jun 2013, Maya telah hadir dengan lagu ‘Bintang Syurga’ yang muncul sebagai hadiah kepada peminat setia beliau yang merindukan alunan suaranya.Dan kalau sebelum ini lagu ‘Bintang Syurga’ telah didendangkan sendiri oleh Maya di Switzerland bersama-sama dengan penyanyi popular Switzerland iaitu Bastian Baker, kini, Maya Karin tampil pula dengan album terbaru yang bertajuk ‘Teka-Teki’.

Konsert Cinta Shila Amzah September Ini!

pc-konsert-love-shila-amzah-2
Tidak dapat dinafikan bahawa Shila Amzah sekarang adalah salah seorang yang mempunyai suara terbaik di asia! Suaranya yang unik telah membawa beliau ke satu tahap yang membanggakan, terutamanya setelah pencapaiannya di China.Justeru, Kosert sulung Shila ini akan membawa tema “cinta” di mana Shila percaya bahawa tema ini akan membawa keamanan dan keharmonian sedunia.

Kejutan buat Kris Dayanti di PICC

mediasemasa-secretaries-week-kris-dayanti-11

Baru baru ini telah berlansung Majlis Makan Malam sempena Minggu Setiausaha bersama Kris Dayanti di PICC, Putrajaya. Majlis yang berlangsung selama 2 jam itu mendapat sambutan yang menggalakan dari peminat dan rata-rata mereka terpukau dengan persembahan bertenaga KD pada malam itu.

CABARAN 23 BINTANG KINI BERMULA!

image003
Pertarungan kini bermula! Setelah menyaksikan episod sesi uji bakat sebelum ini di TV3 yang mempamerkan pelbagai gelagat peserta yang ingin menjadi anak didik program Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2), pastinya para penonton sudah tidak sabar untuk mengetahui peserta manakah yang akan bergelar anak didik kepada 6 Sifu iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail (FBI), Saiful Apek, Adlin Aman Ramli dan Ebby Yus.

“My Dream Come True” – Ziana Zain

pc-konsert-i-am-zian-zain-1

Ibarat mimpi jadi nyata, itulah antara kata yang mampu diucapkan oleh penyanyi ini apabila impian untuk mengadakan konsert kini direalisasikan. Iaitu selepas hampir 15 tahun berlansungnya “konsert Ziana Zain In The Park” di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 2001. Konsert istimewa ini berjudul “I am Ziana Zain” dan bakal berlansung di MITC Melaka pada 27 September 2014.

Barisan 13 Otai Kilauan Emas Musim 4 diumumkan!

pc-kilauan-emas-musim-4-1
Setelah menjelajah ke enam buah lokasi seluruh Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Selangor untuk sesi uji bakat, akhirnya pihak produksi Astro telahpun mengenalpasti senarai akhir 13 orang ‘otai’ paling berpotensi yang bakal berentap di pentas Konsert Kilauan Emas Musim 4. Konsert Mingguan juga akan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Jam 9.30 malam bermula 23 April kelak.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV