Monthly Archives: March 2014

Tragedi MH370: Anuar Zain Tunda Persembahan Minggu Setiausaha

anuarzain1

Bagi menghormati Tragedi MH370, Anuar Zain petang tadi telah mengumumkan bahawa Persembahan pada Minggu Setiausaha beliau pada tahun ini, “Terindah” ditunda ke satu tarikh baru iaitu pada 29 April 2014 di Ballroom One World Hotel. Tambah beliau lagi, kesemua pembeli tiket telahpun dimaklumkan tentang perkara ini. Anuar Zain menyatakan bahawa beliau juga turut terkesan dan terkejut tragedi yang menimpa MH370 dan menyampaikan ucapan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal.

Bintang Mencari Bintang Kini Kembali di Musim Kedua!

image003

“Serata Galaksi Mencari Legasi”. Setelah melakar kejayaan besar dalam mengangkat martabat bidang sketsa komedi dan nyanyian ke peringkat lebih tinggi menerusi Bintang Mencari Bintang (BMB) musim pertama serta perkembangan kerjaya juaranya, Achey dan naib juara, Kumpulan Bochik, kini pihak TV3 dengan berbesar hati membawakan kembali program pencarian penghibur terunggul iaitu Bintang Mencari Bintang musim kedua! Sifu dan anak didik manakah pula yang bakal meraih gelaran juara Bintang Mencari Bintang untuk musim baru ini?

DAPATKAN 5 PASANG PASS EKSKLUSIF KE SHOWCASE ‘TEKA-TEKI’ MAYA KARIN!

securedownload

Kalau sebelum ini lagu ‘BINTANG SYURGA’ nyanyian Maya Karin yang muncul sebagai hadiah kepada peminat-peminat setia beliau ini telah didendangkan oleh Maya sendiri di Switzerland bersama-sama dengan penyanyi popular Switzerland iaitu Bastian Baker. Kini, Maya Karin tampil pula dengan album terbaru bertajuk ‘TEKA-TEKI’ yang juga bakal dilancarkan pada 1 April 2014 ini. Dan pada masa yang sama, anda semua akan disajikan dengan suara Maya Karin dimana beliau akan mengadakan showcase pada hari tersebut. Lebih kurang 6 buah lagu yang bakal disampaikan sendiri oleh Maya menerusi ‘live band’. Maya yang kini dalam persiapan untuk memastikan showcase beliau berjalan dengan lancar berasa amat teruja kerana ini merupakan kali pertama Maya akan menyampaikan lagu beliau sendiri di hadapan peminat-peminat beliau.

“Highness”: Persembahan Terbaru Rizman Ruzaini

mediasemasa-rizman-ruzaini-highness-2

Pereka fesyen duo terkenal tanahair, RizmanRuzaini mempersembahkan koleksi pengantin mereka yang terbaru dikenali sebagai “Highness”. Mengambil nama gelaran bangsawan, koleksi tersebut mengambil inspirasi daripada era “Byzantine” dan “Baroque”. Seperti koleksi koleksi sebelumnya, Koleksi “Highness” juga mempamerkan unsur klasik serta berperincian mewah. Majlis yang diadakan di Carcosa Seri Negara itu di hadiri peminat pereka fesyen tersebut serta rakan media.

Fenomena Sembilu Kembali di Istana Budaya!

konsert-teaterikal-suara-kita-1

Apalah yang boleh dijangkakan apabila 3 superstar bergabung diatas satu pentas, mestilah persembahan yang mantap dan menghiburkan!. Itulah yang berlaku di Istana Budaya semasa hari pertama Konsert Teaterikal Suara Kita yang berlansung pada 3 Mac 2014 yang lepas. Kehadiran penonton yang hampir “full house” turut menbuktikan bahawa Awie, Erra dan Ziana masih lagi menjadi fenomena dalam industri seni tanah air.

Sherlock Masih Hidup! Tapi Bagaimaina??

Sherlock Series 3

Watak Sherlock Holmes, yang dimainkan oleh bintang British Benedict Cumberbatch (Star Trek: Into Darkness) kembali semula dua tahun kemudian selepas ‘maut’ terjatuh dari bangunan Hospital St. Bartholomew di London berikutan pertarungan dengan musuh ketatnya Jim Moriarty (Andrew Scott, Dead Bodies). Sherlock sebelum ini telahpun didedahkan bahawa dia masih hidup pada penghujung musim ke-2, namun rakan segandingnya Dr John Watson, dilakonkan oleh Martin Freeman (The Hobbit trilogy), ditinggalkan dalam kesedihan. Adegan itu membuatkan penonton di seluruh dunia tertanya-tanya selama dua tahun ini bagaimanakah Sherlock memalsukan kematiannya.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV