Monthly Archives: February 2014

SIRI PALING POPULAR DI TONTON ‘AUTUMN DI HATIKU’ KEMBALI UNTUK MUSIM KE-2!

autumn-dihatiku-2
Tonton, portal video no. 1 di Malaysia dengan bangganya bersama Garnier membawakan kembali siri web original AUTUMN DI HATIKU (dengan rekod tontonan video mencapai hampir 1 juta) untuk musim ke-2. AUTUMN DI HATIKU 2 menampilkan Hanez Suraya, Kim Jin Sung (JS), Ezzaty Abdullah serta sahabat baru mereka Amran Ismail, Iedil Putra dan aktres kacukan Korea-Perancis yang meningkat naik, Youmie Robert. Siri ini bakal ditayangkan bermula 27hb Februari 2014 dengan episod baharu setiap Isnin sehingga Jumaat jam 12 tengah hari.

(gambar) selebriti @ Majlis Pra Kemuncak ABPBH 2013

gambar-selebriti-majlis-pra-kemucak-abpbh2013-5

Kami sempat merakamkan foto beberapa orang selebriti yang menghadiri Majlis Pra-Kemuncak ABPBH 2013 yang berlansung semalam. Paling mencuri perhatian kamera kami adalah kelibat Amy Mastura yang tampil cantik jelita dengan busana hitam. Maklumlah, agak sukar sebenarnya untuk bertembung dengan penyanyi/pelakon ini di mana-mana acara. Antara selebriti lain yang berjaya kami rakamkan adalah Norish Karman, Azhael, Alyah, Ayu, Nora, dan salamiah Hassan.

Dato’ Shake umum Konsert Amal di Sarawak

konsert-amal-bakti-dato-shake-video-klip-umi-2014
Dato’ Shake, seorang rakyat Malaysia yang berjaya menempa nama dalam bidang nyanyian di luar negara terutama di Perancis, baru baru ini tampil membuat pengumuman untuk mengadakan sebuah Konsert Amal Bakti. Konsert itu akan diadakan di Stadium Petra Jaya, Sarawak pada 10 Mei depan bersempena Hari Ibu.

ABPBH 2013 : Senarai Pengacara, Penyampai Trofi dan Artis yang bakal membuat persembahan

1_3

Untuk menghangatkan lagi bahang ABPBH 2013, pengumuman pengacara, penyampai trofi dan barisan artis yang akan membuat persembahan di malam kemuncak ABPBH 2013 telah diumumkan hari ini di Majlis Pra Kemuncak yang diadakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur. Gandingan artis dan personaliti baru serta yang lama pastinya sekali lagi akan menjadikan malam kemuncak ABPBH 2013 acara yang cukup mantap dan menghiburkan. Teruskan mengikuti entry ini untuk senarai penuh.

Lebih Indah Bersama Dato’ Siti Nurhaliza April Ini!

Minggu-setiausaha-datositi-1

Jika sebelum ini Minggu Setiausaha bersama Dato’ Siti Nurhaliza diadakan hanya untuk sehari, kali ini atas sambutan yang sangat menggalakkan, Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur bersetuju untuk mengadakan majlis ini selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 15 dan 16 April 2014. Kali ini bertemakan “Lebih Indah Bersama Dato’ Siti Nurhaliza”.

Drama Festival Kuala Lumpur : Sesi Jelajah DFKL bermula!

Logo-DFKL

Bagi menyemarakkan lagi bahang Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL), satu lagi sesi jelajah bakal diadakan pada hari Selasa, 11 Februari 2014, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, bertempat di Lower Ground, Oval Floor, One Utama. Sesi jelajah kali ini bertujuan untuk memberitahu orang ramai terutamanya golongan yang berminat untuk terus memberi sokongan kepada bengkel DFKL yang bakal berlangsung selama 2 hari bermula pada 21 dan 22 Februari 2014. Pada hari tersebut, orang ramai berpeluang mengenali para panel dan karyawan terhebat seperti Sharifah Amani, Fatimah Abu Bakar, Ahmad Idham Rozie Rashid, Siti Jasmina, Wan Hasliza dan ramai lagi secara lebih dekat. Para panel dan karyawan ini akan berkongsi serba sedikit maklumat yang bakal mereka kongsikan bersama pada hari bengkel tersebut dilangsungkan. Kaunter pendaftaran juga akan dibuka bagi memudahkan pengunjung mendaftar.

Konsert Suara Kita disokong penuh KEMENTERIAN KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN MALAYSIA !

KonsertSuaraKita

Adalah satu kelebihan sekiranya seni persembahan menjadi nadi sesebuah negara atau bandaraya. Kegemilangan seni persembahan sudah lama berakar umbi di bandaraya bandaraya utama dunia terutama di negara negara maju. Malaysia amnya dan Kuala Lumpur khasnya tidak harus ketinggalan dalam meniti peluang ini. Sebuah pementasan seni persembahan memanifestasikan sosio-budaya setempat. Ia mampu menjadi platform dalam mengenali dan menghayati intipati sesebuah negara, bandaraya dan bangsa. Dengan ujudnya pentas bertaraf antarabangsa seperti Istana Budaya, kita harus mengambil peluang tersebut sebaiknya.

“Miranda”, Buah tangan terbaru Fasha Sandha

PosterMiranda

Istimewa buat peminat drama TV3 & Juga peminat Fasha Sandha, sebuah lagi drama siri berjudul Miranda akan mula bersiaran pada 5 Februari 2014, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam hingga 10.00 malam. Drama Miranda yang diarahkan oleh Along Kamaruddin ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Dazrin Kamaruddin, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Adrea Abdullah, Roy Azman, Zila Bakarin, Datuk Eizlan Yusof, Hafizul Kamal, Mardiana Alwi, Nor Albaniah dan ramai lagi.

Hadiah Buat Peminat, Ziana Zain janji yang terbaik.

logo-ziana-pc-suarakita-20

Ziana Zain menyifatkan penglibatan beliau dalam “Konsert Teaterikal Suara Kita” sebagai hadiah kepada peminat-peminat yang merindui suara dan aksi beliau di pentas besar seperti di Istana Budaya. Tambahan pula, Ziana sendiri merindui kenangan sewaktu berkampung di lokasi pengambaran filem yang dibintanginya dahulu iaitu sembilu dan maria mariana.

Yasmin Hani Kongsi Pengalaman Kisah Kehamilan dan Kelahiran Noah!

mediasemasa-yasminhani-selebriti-materiniti-1

Kisah kehamilan seseorang individu adalah berbeza dengan individu yang lain, bagi yang mengalaminya buat kali pertama ia mungkin satu pengalaman indah atau mungkin sebuah mimpi ngeri. Justeru, mendapatkan maklumat yang tepat dan mendengar pengalaman dari orang lain mungkin boleh membantu si ibu menjalani saat kehamilan dengan lebih baik. Yasmin Hani, seorang selebriti berbesar hati berkongsi kisah kehamilan beliau melalui 4 episod khas Selebriti Materniti Yasmin Hani yang bakal bersiaran di Astro Maya HD bermula 3 February 2014 jam 9.30 malam.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV