Monthly Archives: January 2014

Raikan Minggu Setiausaha Bersama Anuar Zain!

1anuar-zain-terindah-minggu-setiausaha

Pada tahun lepas, Anuar Zain meraikan ulangtahun ke tiga puluh beliau dalam industri hiburan melalui Konsert Tiga Dekad, Muzik, Cinta dan Sanubari bersama enam ribu penonton. Ia disifatkan sebagai kenangan terindah dalam karier seni beliau.Anuar Zain, yang juga sememangnya sinonim dengan persembahan Minggu Setiausaha akan kembali pada tahun ini dengan satu-satunya persembahan eksklusif beliau bersempena Minggu Setiausaha, pada 8 April di Hotel One World

Gambar Romantis Che Ta & Zain Berbulan Madu di Bali

Rozita-Che-Wan-&-Zain-Saidin-Berbulan-Madu-Di-Bali13

Pasti ramai yang ingin mengetahui aktiviti semasa pasangan pengantin baru Che Ta dan Zain Saidin. Khabarnya sekarang mereka sedang berbulan madu di Bali berikutan beberapa keping gambar percutian mereka telah tersebar ke internet.

Bahagiamu Deritaku, Juara Lagu AJL 28!

juara ajl 28

Tahniah kepada Hafiz kerana lagu beliau “Bahagiamu Deritaku” telah dinobatkan sebagai Juara Lagu AJL 2013!, Hafiz juga memenangi anugerah Persembahan Terbaik hasil undian penonton. AJL 28 yang sampai ke kemuncaknya malam semalam membawakan tema “Game On”, diacarakan oleh Shca Al Yahya dan AG. Berikut adalah keputusan penuh AJL 28.

Tonton Music Kini Diperkenalkan!

securedownload

Peneraju utama industri digital negara, Media Prima Digital bersama Rangkaian Radio Media Prima bersama kini melancarkan sebuah lagi portal baharu dikenali sebagai ‘Tonton Music’ pada 26 Januari 2014 yang lalu. Portal sehenti untuk sumber hiburan berbentuk audio ini telah boleh diakses menerusi laman www.tontonmusic.com.my bersempena dengan penganjuran acara kemuncak Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) oleh stesen penyiaran TV3.

Konsert Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bersama Bintang kini di Istana Budaya! (24-26 Jan 2014)

orkestratradisionalMalaysia-bersama-bintang

Konsert Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bersama Bintang akan berlansung di Istana Budaya bermula hari ini, 24 Januari sehingga 26 Januari 2014. Antara barisan artis-artis yang terlibat adalah Dato’ A. Rahman Hassan, Dato’ Jefrydin, Dato’ L. Ramli, A. Halim, Maria Bachok dan A Rozaini. Sekaligus konsert ini dijangka akan mengembalikan nostalgia Pop Yeh Yeh buat peminatnya dan mengangkat zaman kegemilangan era 60-an.

Senarai Top 5 ABPBH 2013!

logo-abpbh-main
Berikut adalah senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013). Siapakah yang bakal menjadi Bintang Paling Popular? Sama-sama kita nantikan April Ini!.

Scha Alyahya Disahkan Hamil!

Scha Al Yahya Awal Ashari

Baru-baru ini kami mendapat berita gembira dari pasangan selebriti Scha Alyahya & Awal Ashaari bahawa Scha kini sedang hamil 3 Bulan! Berita ini dikongsikan melalui instagram milik mereka dengan memuat naik gambar imbasan bayi. Tahniah dan kami doakan semoga semuanya akan berjalan lancar!

Gandingan Awie, Erra, Ziana di “Konsert Teaterikal Suara Kita”!

suarakita2

Bagai turun dari kayangan, saat yang diimpikan oleh para pencinta seni, tiga insan permata seni tanahair akan menerangi pentas Panggung Sari, Istana Budaya, bersatu hati dalam merealisasikan sebuah pementasan teater muzikal.

Awie, Erra dan Ziana adalah nama nama besar ini akan bersama dalam sebuah pementasan teater muzikal bertajuk ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’ yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 3 hingga 9 Mac 2014.

Album Kompilasi AIM 20 Dilancarkan!

Album aim20

Pada tanggal 14 Disember 2013 yang lalu, Malaysia telah menyaksikan satu acara gilang gemilang iaitu Anugerah Industri Muzik ke 20 yang bersiaran secara lansung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Menyemarakkan lagi AIM 20, Album Kompilasi AIM 20 yang merangkumi lagu-lagu hebat nyanyian oleh 16 penyanyi popular (finalis AIM) yang terpilih telah dilancarkan pada 9 Januari 2014. Pemilihan lagu adalah berdasarkan lagu-lagu yang mendapat permintaan tinggi di Radio.

Konsert Gelombang Salamiah Hassan Menggamit Nostalgia!

konsert-gelombang-salamiah-hassan-2

Jika anda seorang yang peminat lagu-lagu nostalgia 70-80’an , pasti anda tidak mahu untuk melepaskan peluang untuk menonton Konsert Gelombang Salamiah Hassan yang bakal menggegarkan Istana Budaya pada 10,11 dan 12 Januari ini. Konsert yang dibahagikan kepada 6 segmen itu bakal menggamit memori dan meruntun jiwa pendengar. Diiringi konsep pengcahayaan yang mempersona.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV