Monthly Archives: December 2013

Akhiri Tahun 2013 dengan gelak tawa bersama GENG LAWAK @PICC

EDI_3017

Dari pentas bangsawan ke zaman wayang pacak, dari tv hitam putih ke tv warna warni, dari skrin melengkung ke skrin LED, dari pentas ‘funfair’ ke panggung eksklusif , namun lawak tetap lawak… Menjelang tahun baru 2014 ini kita bawakan pementasan lawak jenaka kontemporari dan aksi komedi yang pasti tidak akan mengeringkan gusi tetapi pasti akan memecahkan lemak di perut. Pementasan ini diberi nama GENG LAWAK!

ADUH : Taruhan Terbaru Ajai!

ajai

Setelah AJAI mendiamkan diri selama 8 tahun sebagai seorang penyanyi solo, kini AJAI kembali untuk mewarnai industri muzik tanah air. Kehadirannya kini juga tanpa tangan kosong, AJAI tampil dengan single terbarunya ‘ADUH’ yang dicipta sepenuhnya oleh AJAI sendiri. ‘ADUH’ ini mengisahkan tentang kisah hati yang terluka dengan perbuatan kekasihnya sehingga mahu memutuskan hubungan dan hidup sendirian. Segalanya terasa pedih dengan perilaku kekasih hatinya. Lagu yang berentak pop melayu ini telah membawa AJAI dikenali semula sebagai seorang penyanyi. Lagu ini telah mendapat sambutan sejak berkumandang di corong-corong radio. Lagu “ADUH” mempunyai ciri ciri yang membuatkan pendengar senang untuk menerima lagu ini. Berentakan tempo yang ‘slow’ dan lirik yang mudah diingati menambahkan lagi minat untuk para pendengar menghayati lagu ini.

Rizman Ruzaini Lancar laman web ekslusif!

mediasemasa-rizmanruzaini-1

Rizman Ruzaini, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen tanah air telah melancarkan laman web rasmi www.rizmanruzaini.com. Laman ini adalah hasil kerjasama Rizmanruzaini dan Hunny Media. Menerusi laman web ini, pengguna boleh menempah busana dari Rizman Ruzaini dengan hanya memilih design yang disediakan dan kemudian memasukkan perincian yang diperlukan ke dalam borang yang tersedia. Selepas itu, tempahan akan disiapkan dalam masa tertentu dan terus dihantar ke rumah pelanggan melalui pos.

fhclub.com.my dilancarkan!

fhclub-grand-opening-6

Pada 19 Disember 2013, Majlis pelancaran laman web fhclub.com.my telah berlangsung di skybar Traders Hotel Kuala Lumpur. Menerusi fhclub.com.my, pengguna dapat membeli belah secara online dengan mudah serta boleh turut menjana pendapatan melalui program ‘refer a friend’ atau ‘affiliate’ yang disediakan. Laman web ini menawarkan pelbagai jenis barangan termasuk pakaian untuk lelaki dan wanita. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan tarian dan pertunjukan fesyen dari beberapa orang pereka fesyen tempahan iaitu Fitri Zainal, Maswira Majid, dan Koz Serani.

Konsert Gelombang Salamiah Hassan, Pembuka Tirai Acara Istana Budaya 2014!

konsert-aku

Konsert Gelombang Salamiah Hassan ini adalah konsert solo pertama yang bakal dijayakan oleh penghibur wanita yang cukup disegani di tanah air ini dan ia bakal membuka tirai Panggung Sari Istana Budaya pada 10-11 dan 12 Februari 2014. Diterbitkan oleh Akid Productions Sdn Bhd, idea untuk menghasilkan “Konsert Felombang Salamiah Hassan ini telah dicetuskan sendiri oleh produsernya, Yang Mulia Raja Azmi Raja Sulaiman.

Irma Hasmie dilantik jadi duta Radiglow

irma-hasmie-radiglow-3

Baru-Baru ini telah berlansung majlis pelancaran Produk Radiglow di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur. Pada majlis itu juga telah diumumkan bahawa pelakon, pengacara Irma Hasmie dilantik menjadi duta produk tersebut.. Menurut Pengasas Radiglow, Datin Seri Udani, Irma Hasmie dipilih menjadi duta produk kerana Irma sendiri telah memakai radiglow selama lebih 5 bulan dan percayakan kemampuan produk tersebut.Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari Anuar Zain dan Alyah . Teruskan mengikuti entry ini untuk gambar-gambar terkini mereka.

Seniwati Azean Irdawati Meninggal Dunia

azean-irdawati

Sekitar jam 8.25 malam tadi, Malaysia telah kehilangan seorang permata berharga dalam industri seni dengan pemergian Allahyarhamah Azean Irdawati. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) kerana mengalami penyakit tumor & Lymphedema (tahap ke-4) akan dibawa ke kediamannya di Bandar Utama, Petaling Jaya untuk dikebumikan.

Allahyarham meninggalkan suaminya, Khairil Anwar Z. M. Rashid dan 3 orang anak, Benjy, Erza Irdalynna & Inessa Irdayanty. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Keputusan Rasmi AIM 20 Anugerah Industri Muzik 2013

AIM20
Berikut adalah keputusan penuh pemenang AIM 20. Tahniah buat semua pemenang !

1. Lagu Pop Etnik Terbaik : Pahlawan Zafana
Ihab Ismail
Ihab Ismail/Ahmad Fedtri Yahya

2. Lagu Nasyid Terbaik : Mawar Berdarah
Rabbani
B. Nury/B. Nury

3. Lagu Hip Hop Terbaik :Aku Pelat
Salammusik ft. Zion Dread
DJ Fuzz/Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam

4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik : In The House
Goldfish & Blink ft. Altimet & ZE!
Alvin Teoh (Goldfish) & Lau Hoe Yin (Blink)/Altimet & ZE!

5. Artis Baru Terbaik :Alex Subryn

6. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) : Saujana – Salam Atasmu

7. Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu : Anuar Zain & Dayang Nurfaizah
Sedetik Lebih

8. Video Muzik Terbaik #1 : Pretty Ugly & Altimet
Perez Oldskool

9. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Hilang Naluri (Once)

10. Lagu Rock Terbaik : Di Bawah Gerbang Skaea
Amy Search
Edrie Hashim/Buddhi Hekayat

11. Lagu Pop Terbaik : Lelaki
Yuna
Yunalis Zarai/Yunalis Zarai

12. Anugerah Kembara : Shila Amzah

13. Anugerah Kulit Album Terbaik : Penglipur Lara- Hazama

14. Anugerah Rakaman Album Terbaik : Luahan hati anak seni- Hafiz AF

15. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu : Bila Resah
Anuar Zain & Dayang Nurfaizah

16. Anugerah Sri Wirama : Tan Sri Tony Fernandes

17. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Bahagiamu Deritaku
Hafiz AF

18. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Seandainya Masih Ada Cinta
Dayang Nur Faizah

19. Lagu Terbaik AIM 20 : Lelaki
Yuna

20. Album Terbaik AIM 20
Luahan Hati Anak Seni
Hafiz AF

(gambar) Selebriti di Karpet Glamor AIM 20

anugerah-industri-muzik-20-1

Malam Anugerah Industri Muzik 20 telah berlangsung dengan gilang-gemilang malam semalam, Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang. Ramai selebriti menghadirkan diri dan lensa kami sempat merakamkan mereka yang melaram dengan busana masing masing di Karpet Glamor. Antara yang menarik perhatian adalah busana Erra Fazira yang berinspirasikan dari Filem Frozen (Puteri Elsa) rekaan Rizman Ruzaini.

(gambar) Majlis Resepsi #ZSRCW

2013-12-14-01-57-18

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang baru sahaja selesai melangsungkan majlis resepsi gilang gemilang malam semalam di Setia City Convention Center. Semoga berbahagia hingga hujung usia!

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV