Monthly Archives: November 2013

Tajaan RM 13 juta untuk Majlis Perkahwinan Che Ta

RozitaCheWan-Zain_Saidin-kahwin-1
Bertuahnya Rozita Che Wan, Majlis Perkahwinan beliau bersama Zain Saidin telah mendapat tajaan berjumlah 13 juta ringgit sekaligus mencatat sejarah sebagai jumlah tajaan terbanyak pernah diterima oleh selebriti tanah air.. Majlis persandingan mereka akan berlansung 11 Disember 2013 ini di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre.

SM*SH & STACY BERGABUNG DALAM LAGU BERJUDUL “HELLO”

IMG_7233

Stacie Angie Anam atau lebih dikenali sebagai STACY merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 6. STACY makin dikenali melalui beberapa lagu hitsnya seperti “Aku Stacy”, “Gagap” dan “Bosan”. STACY yang amat popular dengan lagu-lagunya yang berentak ‘fast beat’ kini muncul dengan lagu terbaru hasil kolaborasi bersama kumpulan top daripada Indonesia iaitu SM*SH. Imej STACY yang sentiasa mengikut fesyen terkini dan mempunyai stail rambut ala-ala Miley Cyrus ini mempunyai karakter yang amat bertenaga dan merupakan penyanyi yang paling sesuai untuk digandingkan bersama SM*SH kerana mereka berdua membawa perwatakan atau imej yang sama semasa persembahan iaitu hebat dengan tarian yang bertenaga. Tidak boleh disangkal, ‘muzik dance’ merupakan kepakaran STACY yang amat lincah dan bertenaga dalam membawakan sesebuah lagu.

Tonton Raudhah : SALURAN BAHARU MULA DIPERKENAL SAJIKAN PROGRAM ILMIAH DAN HIBURAN ROHANI!

Tonton Raudhah Logo
Portal video ulung Malaysia, Tonton kini menawarkan sebuah lagi saluran baharu Tonton Raudhah menerusi laman web www.tonton.com.my/raudhah. Majlis pelancaran saluran tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Zainul Ariffin Md Isa, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Digital di Dataran Sireh, Kota Bharu Kelantan pagi ini bersempena program Raudhah Aidiladha di Kelantan anjuran kumpulan Media Prima Berhad.

Tonton Raudhah menghimpunkan pelbagai program kerohanian terbaik daripada stesen televisyen TV3, TV9 dan program ‘online’ terbitan Tonton sendiri. Antara rancangan menarik yang ditawarkan termasuk bual-bicara ‘Tanyalah Ustaz’, ‘Semanis Kurma’ serta banyak lagi. Manakala sisipan rohani menerusi program keagamaan menampilkan klip program ‘Muhammadku’, ‘Halaqah’, dan ‘Al Kuliyyah’. Tambah menarik, pelayar berpeluang mengikuti perkongsian informasi dan trend muslimah masa kini menerusi siri ‘Safiyya’ dan ‘Hijab Stailista’.

Tonton Raudhah turut membawakan seleksi drama religi terbaik antaranya ‘Tahajjud Cinta’, ‘Runtun Qalbu’, ‘Ustaz Amirul’, ‘Nur Kasih’ dan banyak lagi buat tatapan pelayar. Ikuti kupasan mudah soal-jawab persoalan ibadah dalam ‘1001 Persoalan bersama Ustaz Kazim Elias’ menerusi siri ‘online’ terbitan Tonton sebanyak 20 episod. Saluran yang tampil menerusi hiburan ilmiah secara santai ini turut boleh ditonton secara global dengan tawaran lebih daripada 200 tajuk program terhebat secara PERCUMA sehingga penghujung tahun!

“Kerjasama strategik antara Tonton bersama TV3 dan TV9 ini juga turut dilihat sebagai sesuatu yang menguntungkan pengguna dengan tawaran lebih banyak program dan hiburan berkualiti berunsurkan keagamaan; dan kami berharap saluran ini akan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat,” menurut Lam Swee Kim Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital.

Layari www.tonton.com.my/tontonraudhah sekarang untuk menonton pelbagai program ilimiah dan hiburan rohani terbaik! Layari Tonton di komputer, tablet dan telefon pintar hari ini secara PERCUMA, di mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa! Saksikan juga Tonton menerusi SAMSUNG SMART TV anda!

tadarus al-quran

madrasah 2

Shila Amzah lancar Album SEMPENA MAJLIS PERISYTIHARAN BINTANG BERTARAF ANTARABANGSA

shila-amzah-album

Pada hari Rabu tanggal 30hb Oktober 2013 adalah merupakan detik yang amat bersejarah dan penuh bermakna terutamanya bagi Warner Music Malaysia untuk bekerjasama buat julung-julung kalinya dengan Shila Amzah Entertainment Berhad yang bukan sahaja berpangkalan di Malaysia malah di Shanghai juga. Detik bersejarah ini dilakarkan setelah beliau dinobatkan sebagai JUARA ASIAN WAVE 2012 melalui sebuah program realiti popular di rantau Asia yang diadakan di Shanghai, China.

MUZIK VIDEO RASMI ‘KALAU AKU KAYA’ NYANYIAN ALTIMET & AWI RAFAEL KINI TELAH BERADA DI YOUTUBE

“Kalau Aku Kaya” – telah menjadi suatu fenomena dan siulan orang ramai pada masa kini dan merupakan sebuah lagu yang memberi semangat dan dorongan kepada para pendengar untuk mengejar cita-cita dalam mengecapi kehidupan yang lebih baik. Lagu berentak ‘up beat’ yang dinyanyikan oleh Altimet dan Awi Rafael ini mampu mengajak semua untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya yang bersifat lucu dan begitu dekat dengan pendengar dari mula hinggalah ke minit yang terakhir.

Pembawakan Awi Rafael dan Altimet di dalam lagu ini tampak begitu bersahaja dan mereka berdua juga kedengaran sangat serasi seperti telah lama berkolaberasi. Lagu “Kalau Aku Kaya” ini merupakan hasil ciptaan bersama sepenuhnya oleh Audi Mok dan Omar K manakala liriknya pula ditulis oleh Altimet sendiri.

“Nora Danish Tak Kisah Jadi Isteri ke 3 ?”

nora-danish-bahayanya-wanita

Nora danish baru baru ini mengaku tidak kisah untuk menjadi isteri ke 3 kepada Syed Maadon Al- Sidek (Zizan Razak) dalam teater komedi muzikal “Bahayanya Wanita” yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 20 – 31 Disember 2013 ini. Bahkan, peluang untuk berlakon teater yang dianggap mencabar oleh beliau ini sangat dihargai dan beliau yakin dapat memberikan persembahan yang baik. Teater ini juga turut dibintangi barisan selebriti terkenal seperti Erra Fazira, Umie Aida dan Johan Ashari.

Mister Planet Malaysia 2014 membuka tirai, 16 Finalis Berentap

Mister-planet-malaysia-2014-the-contestant
16 finalis telah dipilih untuk berentap di untuk dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia 2014. Setiap finalis mewakili negeri masing masing termasuk 2 dari wilayah persekutuan. Menurut penganjur, En Azman Bosri (Malaysia United Nations Pageants) Mister Planet Malaysia 2014 yang bakal diketahui 30 November ini akan mewakili negara untuk menyertai pelbagai pertandingan modeling peringkat antarabangsa.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV