Monthly Archives: October 2013

AIM 20: Hafiz Suip, Hazama dan Amir Jahari Ungguli pencalonan!

aim20-top5-anugerah-industri-muzik-20-1
Senarai Akhir 5 calon teratas menyaksikan Hafiz, Hazama dan Amir Jahari mendahului calon-calon lain menerusi 4 pencalonan masing-masing dalam pelbagai kategori yang disertai. Sementara ini, kategori yang menjadi tumpuan ramai, “Persembahan Vokal Terbaik dalam lagu (lelaki dan wanita)’ melihat kemasukan pendatang baru, ROnnie dari kumpulan HyperAct dan Najwa Mahiaddin bersaing di kalangan nama-nama besar industri muzik seperti Faizal Tahir, Hafiz, Dato’ Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor dalam kedua dua kategori tersebut.

MELLY GOESLAW MENAMPILKAN ‘BALANCE’

Melly Goeslaw - Balance

“BALANCE” merupakan album yang memuatkan beberapa lagu hits duet oleh Melly yang sangat popular seperti ‘Jika’, ‘Ada Apa Dengan Cinta’, ‘Tentang Dia’, ‘Let’s Dance Together’, ‘Ketika Cinta Bertasbih’, dan ‘Butterfly’ yang masih sedap didengar.

Album ini menunjukkan bahawa MELLY tidak pernah memilih pasangan duetnya demi untuk menjual lagu-lagunya, bahkan beliau lebih menjurus kepada memilih penyanyi-penyanyi solo yang masih belum dikenali oleh orang ramai. Ini kerana MELLY merupakan seniman sejati yang lebih memikirkan idea yang lebih kreatif dan keperluan lagu itu sendiri. Telah terbukti bahawa semua lagu duet beliau telah menjadi hits dan laris di pasaran Indonesia mahupun Malaysia.

Pelangi Untukmu – Hadiah dari Ning Untuk Peminat!

pc-konsert-pelangi-untukmu-ning-baizura4

Setelah sekali menunda tarikh Konsert beliau, Ning Baizura kini yakin bahawa tarikh baru 16 Oktober 2013 yang telah dimuktamadkan ini akan memberi suatu kenangan yang teristimewa buat peminat-peminat beliau. Dengan majlis pelancaran minyak wangi ‘Ning’ yang gilang gemilang pada 2 minggu yang lepas serta selesainya pembikinan video klip “bukan wanita sempurna” di Indonesia, Ning kini sedang bersedia untuk konsert istimewa ini pula.

Khadijah’s Kitchen buka cawangan restoran baru di Setapak

perasmian-khadijah-kitchen-setapak-1

Dato’ Khadijah Ibrahim adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia nyanyian. Beliau telah mula menceburkan diri dalam industri muzik tanah air sebagai artis seawal usia 19 tahun. Darah seni yang mengalir dalam tubuhnya terus menjadi perhatian selepas membintangi beberapa siri drama dan filem.  Setelah 30 tahun bergelar anak seni, beliau telah berjaya membuka restoran yang diberi nama Khadijah’s Kitchen sempena nama beliau.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV