Monthly Archives: September 2013

Gambar – Che Ta & Zain Saidin di Majlis Merisik

rozita-che-wan-zain-saidin-merisik-4

Zain Saidin secara rasmi telah merisik Rozita Che Wan di sebuah majlis khas yang diadakan baru-baru ini di Carcosa Sri Negara. Tak sabar pula nak tunggu mereka umumkan tarikh pertunangan seterusnya membawa ke jinjang pelamin. Jom lihat gambar Rozita Che Wan dan Zain sewaktu majlis merisik tersebut. Kredit Gambar : Annaseasky

(gambar) Sekitar Majlis Akad Nikah Adam AF & Fiza Halim

adamfiza14

Adam AF dan Fiza Halim telah selamat diijabkabulkan pada 26 September 2013 pada jam 10.30 pagi tadi bertempat di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap. Tahniah kami ucapkan! Semoga pasangan ini bahagia hingga ke hujung usia.

Anuar Zain Pelawa Peminat Berhibur Sambil Beramal

Anuar Zain

Kepada semua peminat Anuar Zain, kini anda berpeluang untuk bersama beliau meraikan Malam Jalinan Mesra 2013 Ekslusif Bersama Anuar Zain. Majlis yang akan berlansung pada 19 Oktober 2013 itu akan diadakan di Dewan Kristal 1&2, TM Convention Center (TMCC) Bangsar.

Konsert “Pelangi Untukmu” Ning Baizura Ditunda

ning1
Konsert yang paling dinantikan, “Konsert Pelangi Untukmu’ dari bintang terkenal Ning Baizura telah dijadualkan pada 21hb. September 2013 terpaksa di tunda tarikhnya kepada 16 November 2013. Ini bersesuaian dengan dua buah lagu baru yang bakal diperkenalkan oleh Ning masih lagi dalam proses rakaman dan bakal dipersembahkan pada malam konsert tersebut. Lagu itu masih dalam proses gubahan untuk memastikan kepuasan yang tinggi kepada para peminat dan pendengar khususnya yang selama ini menantikan buah tangan terbaharu daripada bintang ini.

Fouziah Gous & Zhafran umum tarikh perkahwinan!

fouziah-gous-zhafran-nikah

Pelakon jelita Fouziah Gous hari ini mengumumkan tarikh perkahwinan beliau dengan Jejaka pilihan, Zhafran. Majlis pernikahan akan diadakan 21 September ini di dewan Masjid Tengku Ampuan jemaah, bukit Jelutong, Shah Alam. Majlis Resepsi sebelah perempuan akan diadakan di J.W. Marriot Putrajaya 29 September 2013 manakala untuk sebelah lelaki akan diadakan di kediaman keluarga Zhafran di Bukit Jelutong pada 5 Oktober. Tahniah kami ucapkan!

(Gambar) Pernikahan Black & Naquira Yasira

black-nikah-kahwin-1

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah dan Naquira Yasira selamat diijabkabulkan kira-kira jam 12 tgh, 13 September 2013 di Zebra Square Kuala Lumpur. Majlis ini telah disiarkan secara langsung melalui rancangan Wanita Hari Ini tv3. Dengan sekali lafaz, Naquira Yasira sah menjadi isteri Black. Majlis itu dihadiri lebih 200 orang tetamu. Tahniah kami ucapkan kepada Black dan Naquira. Selamat Pengantin Baru!

Selebriti Popular pelawa peminat bercuti bersama!

SafirGoTravel.com

Pernahkah anda impikan untuk bercuti bersama Selebriti terkenal tanah air seperti Zizan Razak, Izzue Islam, Johan Asari, Imam Muda Ashraf dan Jaafar Onn?. Jikalau pernah, kini anda boleh merealisasikan impian itu kerana mereka telah membuka peluang untuk bercuti bersama melalui pakej percutian dari SafirGoTravel.com.

(gambar) Selebriti di Fashion Show Bianco Mimosa

Nurul-fashion-show-bianco-mimosa

Jom kita lihat foto karpet merah barisan selebriti tempatan di majlis Fashion Show Bianco Mimosa di Grand Ballroom, Hotel Royal Chulan. Antara yang hadir adalah Nurul dan Suami, Dafi, Fazli Zainal, Zahida Rafik dan Fouziah Gous.

Bianco Mimosa perkenal 30 koleksi “Ready To Wear”

w1

Bianco Mimosa, sebuah jenama tempatan yang baru dilancarkan dalam sebuah majlis yang unik di Hotel Royal Chulan baru baru ini menawarkan pilihan 30 koleksi terbaru ‘ready to wear’ untuk wanita moden. Di Ilhamkan oleh Faizal Abdullah dan Shahrul Azlan (Deq Sha),dengan kerjasama Dato Ida Suraya.

Maimon Mutalib Meninggal Dunia

maimon-mutalib-meninggal-dunia

Negara hari ini kehilangan seorang lagi permata dalam dunia hiburan dengan pemergian pelakon veteren, Maimon Mutalib. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.20petang tadi di kediamannya di Seksyen 17 Shah Alam dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Tangkak Johor. Untuk pengetahuan, beliau disahkan mengidap kanser payudara tahap empat pada tahun lepas. Takziah kami ucapkan buat keluarga Allahyarhamah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. :'(

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV