Monthly Archives: May 2013

ALBUM KOMPILASI SOHAIMI MIOR HASSAN 1

sohaimi-meor-hassan
SOHAIMI MIOR HASSAN merupakan anak jati negeri Perak yang mula merakamkan album pertamanya pada 1982 bertajuk “Prolog” yang menampilkan lagu ‘EPILOG CINTA DARI BROMLEY’ sebagai “killer song”. Lagu tersebut masih bertahan dan terus diminati sehingga sekarang. Lagu-lagu Sohaimi kebanyakannya dicipta sendiri. Selain dari mempunyai suara jantan sehingga digelar “Broery Marantika Malaysia”, beliau juga mempunyai kebolehan mencipta lagu yang hebat dan lirik yang puitis.

(gambar) Cahaya Mata Ning Baizura

ryan5
Akhirnya, penyanyi popular Ning Baizura dan suami mendedahkan cahaya mata mereka kepada umum di sebuah sidang media yang diadakan baru-baru ini. Ryan Sky Dalton, anak sulung Ning Baizura itu lahir pada 31 Januari 2013, jam 3:06 pagi di Kuala Lumpur.

(11 Gambar) Vokal Anuar Zain & Dayang Bersatu dalam Album Terbaru!

dna

Setahun telah berlalu semenjak pasangan artis terulung Malaysia, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah bergabung tenaga menjayakan konsert amal anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Petronas (KSRP) di Dewan Filharmonik Petronas. Walaupun mereka telah berjasama untuk membuat persembahan sebelum ini, konsert amal ini menjadi lebih istimewa kerana, buat ulung kalinya, kemantapan vokal Anuar dan Dayang telah dirakam, dan lahirlah album live yang dinanti-nantikan selama ini.

Filem Kil, Kisah Maut yang dirancang

redza

Selepas Pisau Cukur, pasti ada yang ternanti-nanti kemunculan Redza Minhat di layar perak. Kini penantian itu akan berakhir kerana beliau akan muncul dengan sebuah filem bertajuk “KIL” yang akan mula ditayangkan 30 Mei ini. Teruskan mengikuti entri ini untuk sinopsis cerita dan kisah disebalik tabir Filem ini.

Video Klip Lagu “Galau” – Dato Siti Nurhaliza


Dato Siti Nurhaliza telah melancarkan video klip rasmi lagu terbaru beliau, Galau semalam di Menara Kuala Lumpur. Jom Layan. Teruskan mengikuti entry ini untuk lirik lagu “Galau” dan gambar Dato Siti ketika majlis pelancaran.

BUTTERFINGERS TAMPILKAN ALBUM KOMPILASI “KRONOLOGIKAL”

butterfinger-kronologikal

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan BUTTERFINGERS yang dahulunya popular dengan lagu-lagu mereka yang bergenrekan grunge. Sekumpulan pelajar dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah secara rasmi menubuhkan BUTTERFINGERS pada akhir tahun 1993 yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Loque (penulis lagu, pemain gitar), Emmet (vokalis, pemain gitar, dan penulis lirik), Kadak (pemain bass) dan Kalai (pemain drum). Mereka mula mencipta lagu-lagu mereka sendiri dengan harapan untuk menempah nama di persada muzik tanah air. BUTTERFINGERS kemudian dilihat mudah menjinakkan muzik di dalam diri kerana sering dijemput untuk beberapa persembahan kecil dan gig sehingga membuatkan kebanyakkan tiket persembahan mereka habis dijual dan sehingga kini mereka digelar sebagai ‘the stuff of underground legends’ oleh peminat-peminat tanah air.

AJIEB SAH TANDATANGANI KONTRAK PENGURUSAN ARTIS DI KOREA SELATAN

Ajieb  Murai
Mengikuti jejak langkah Yuna yang menjadi artis rakaman di bawah pengurusan David Foster, pengacara Ajieb Rosdi kini sah bergelar artis di Korea Selatan apabila dia baru saja menandatangani kontrak pengurusan artis bersama Blessync Media pada 4 Mei 2013.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV