Monthly Archives: December 2012

Siti Nurhaliza Hiasi Muka Baru Cover Intrend January 2013!

Kepada peminat-peminat Diva No 1 negara, Dato Siti Nurhaliza. Anda mesti  dapatkan cover terbaru Intrend (January 2013) kerana  Dato Siti muncul melalui 2 cover yang berbeza. Dapatkan kedua-duanya sekarang juga ya!

Ucop Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa 2!

34

Tahniah kami ucapkan kepada Ucop kerana telah berjaya menjadi Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa 2 yang telah melabuhkan tirainya rabu lalu. Beliau berjaya merangkul RM 100 000 dan trofi sementara Mar selaku naib juara mendapat hadiah wang tunai RM 30 000. masing masing menerima trofi kemenangan dan beberapa hadiah sampingan. Tahniah kami ucapkan! . Teruskan mengikuti entry ini untuk gambar sekitar final VBSR .

(Gambar) Erra Fazira sewaktu Majlis Penyampaian Hadiah Rafflesia

Erra Fazira

Baru – baru ini, telah berlansung majlis penyampaian hadiah kepada pemenang undian pereka popular ABPBH2011 di ParkRoyal Hotel, Kuala Lumpur. Hatta Dolmat sebagai pereka busana yang digayakan Erra Fazira telah memenangi undian tersebut. Pemenang dari kalangan pembaca bertuah juga telah dipilih dan menerima hadiah rantai mutiara sumbangan rafflesia bernilai lebih RM 5 000 setiap satu. Tahniah kami ucapkan. Jom lihat gambar sekitar majlis dengan terus mengikuti entry ini.

‘Bruno Mars’ dan Gorila Tawan Kuala Lumpur?

Baru Baru ini, Seluruh Kuala Lumpur terutamanya kawasan Bukit Bintang gempar dengan kehadiran Gorila dan 100 orang ‘Bruno Mars’.  Tak percaya? jom lihat gambar gambar dibawah…

1

2

Gorila dilihat sedang membayar petrol dan mengisi petrol ke dalam sebuah kereta.

3

Gorila dan ‘ Bruno Mars’ didapati sedang beratur untuk membeli kopi di starbuck.

5

Mereka sedang memilih Burger di Mc Donals!

6

Lagi gambar kelibat mereka dirakamkan di Mc Donalds

7

Mereka di mana mana…

8

9

11

Mereka juga menawan Pavillion dengan Flash Mob

Pengunjung lain yang pada mulanya panik kemudiannya kelihatan terhibur dengan pelbagai gelagat dan reaksi yang ditunjukkan oleh kumpulan ini. Kumpulan baju kuning bertopengkan Bruno Mars dan Gorila ini sebenarnya berperanan untuk mempromosikan album terbaru Bruno Mars, ‘Get Unorthodox with Bruno Mars’ . Maklumat lanjut mengenai album ini boleh didapati di http://www.brunomars.com .

LAST CHILD KINI MARA MENANDINGI BAND-BAND TERNAMA!

 

lastchild

Kini mempunyai lebih 3.6 juta peminat di laman rasmi Facebook mengalahkan Nidji, Ungu, dan banyak lagi band-band terkenal!!! Inilah LAST CHILD! Sebuah band yang memperjuangkan muzik pop dan rock, yang dianggotai oleh tiga orang penaung utama, Virgoun Teguh (vokal dan pemain gitar ), Rachmad Firdaus (pemain gitar) dan Dimas Rangga (pemain bass).

MEDIA PRIMA UMUM INTEGRASI DIGITAL

Out-Media-prima-digital-logo

Media Prima Berhad, kumpulan media bersepadu nombor satu negara hari ini melancarkan unit perniagaan digitalnya yang diperluas iaitu ‘Media Prima Digital’, yang juga merupakan entiti seumpamanya.yang terbesar di negara.

Media Prima Digital adalah sayap media digital bersepadu Kumpulan, hasil daripada penggabungan subsidiari perniagaan media baru iaitu Alt Media Sdn. Bhd. (Alt Media) dan NSTP E-Media Sdn. Bhd. (E-Media).

(Gambar) Majlis Akad Nikah Zakiah Anas

null

Zakiah Anas, Pengacara 999 di TV3 telahpun sah menjadi milik suaminya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar. Majlis akad nikah yang dihadiri lebih 50 orang tetamu itu berlansung di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 11.35 pagi tanggal 12 Disember 12. Tahniah kami ucapkan… Kredit Gambar – Blog MazidulAkmalSidek

Dato K kemalangan, Siti Nurhaliza batalkan konsert terakhir di Indonesia

sitinurhalizadatokkemalangan

Dato Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlansung di Banjarmasin, Indonesia. Ini adalah kerana suaminya Dato K terlibat dalam kemalangan di Queenstown, New Zealand semasa menunggang sebuah motorsikal berkuasa tinggi.  Datuk K cedera patah bahu, tangan dan kaki dalam kemalangan di New Zealand. Beliau dilaporkan stabil.

(Gambar) Majlis perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle di Jitra

Tanggal 12 -12-12 , Majlis resepsi Diana Danielle dan Farid Kamil berlangsung di Jitra Kedah. Kami ingin kongsikan gambar sekitar majlis yang telah dimuat naik oleh Nurizspace.com dan MIG ONLINE.

Perkembangan Terkini Konsert & Tiada Minggu Setiausaha Bersama Anuar Zain tahun 2013

Perkembangan yang terpenting adalah tiket tiket untuk konsert ini akan mula dijual pada hari ini, 12 Disember 2012 (12,12,12) jam 12.00 tgh.  Harga tiket adalah bermula daripada RM 88 hingga RM 698. Diskaun khas 15% akan ditawarkan kepada 1000 pembeli pertama dan boleh dibeli menerusi laman web www.ticketcharge.com.my dan cawangan rasminya.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV