Monthly Archives: September 2012

Merpati Dua Sejoli, Awal dan Scha dalam Intrend Oktober 2012

Dah lama kami tidak update tentang mereka berdua ini, pasangan suami isteri Awal Ashari dan Scha Al yahya (Schawal). Walaupun rasanya dah banyak kali mereka muncul sebagai cover di majalah-majalah, kemunculan mereka kali ini di dalam majalah Intrend edisi Oktober 2012 sangat mencuri perhatian dan wajar diketengahkan. Gambarnya sangat cantik dan menawan! . Intrend edisi perkahwinan kali ini turut menampilkan Izara Aisyah dan ramai lagi…

Hantu Kapcai, Tak seram tapi kelakar!

Tahu saja Filem ni ada kaitan dengan KRU, kami sudah menjangkakan ia pasti ada kelainannya yang tersendiri… dan tekaan itu memang tepat!. Filem Hantu Kapcai lakonan Zizan, Hairul Azreen, Fizz Fairuz, Remy dan Neelofa ini nyata berbeza dari filem-filem yang lain.

(Gambar) Neelofa semasa preview filem Hantu Kapcai – Cun!

Kami sempat merakamkan beberapa keping gambar terbaru Neelofa semasa preview filem Hantu Kapcai semalam di E@Curve Damansara untuk tatapan semua. Neelofa kelihatan semakin berseri-seri setelah pulang bercuti dari Koh Samui. Beliau melakonkan watak Khadijah  sebagai seorang gadis kampung yang bertudung iaitu adik kepada Ajib (lakonan Fizz Fairuz). Kepada peminat neelofa, jangan lupa saksikan Hantu Kapcai yang bakal merempit di pawagam bermula 27 September ini.

( Gambar )Sekitar Antabax’s Mr Cool Search 2012

Pada 22 September 2012, telah berlansung Majlis Pencarian Mr Cool Search 2012 di One Utama Petaling Jaya. Majlis yang dianjurkan Antabax itu bertujuan untuk mencari dan menyerlahkan bakat peserta dan diserikan oleh kehadiran penyanyi dan juga Duta Antabax, Ziana Zain.

Anne Ngasri Putus Cinta Dengan Aliff Aziz

oleh : Izz Latif

 

Sayang sayang, selepas dikejutkan dengan perpisahan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak, satu lagi pasangan seleriti iaitu Anne Ngasri dan Aliff Aziz pula dikhabarkan telah menemui jalan perpisahan.  Anne telah mengesahkan bahawa cinta antara mereka sudah tiada! Apa sudah jadi?

Remy Ishak dan Tiz Zaqyah Putus Cinta!

oleh : Izz Latif

 

Barangkali berita perpisahan pasangan selebriti ini bukanlah sesuatu yang begitu mengejutkan buat peminat mereka. Dalam tempoh kemesraan antara dua pelakon ini terjalin, ada yang berjaya menghidu keretakan dalam hubungan mereka. Peminat dapat melihat ‘drama’ pasangan ini di luar lokasi, ya di Facebook dan Twitter! Malah Remy Ishak sendiri pernah meluahkan perasaannya secara terbuka di laman Twitter miliknya.

( 10 Gambar ) Ziana Zain Sewaktu Majlis Antabax’s Mr Cool Search 2012

Mendengar sahaja nama Ziana Zain, pasti ramai yang teruja ingin melihat penampilan beliau tidak kira dalam apa jua acara dan majlis. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, figura kesayangan Malaysia, Ziana Zain ini akan ditatarias dengan sebaik mungkin.  Terbaru semasa menghadiri Program Antabax Mr Cool Search 2o12, beliau tampil anggun mengenakan busana ilham Khairi Sufi.  Jom layankan 10 keping gambar beliau yang dirakamkan Team  Blackpepper Production .  Kredit Gambar  Facebook ZianaZain Ventures

Siti Nurhaliza Hiasi Cover Lisa dan URTV!

Aura Diva Kesayangan Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza masih lagi kuat dan masih diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Terbaru, beliau muncul menghiasi 2 cover majalah iaitu UrTV dan Lisa. Walaupun sudah bergelar isteri, Dato’ Siti masih mampu mengekalkan kejelitaan wajah dan pinggang yang ramping.

Shila Amzah Dijulang Sebagai Juara Asian Wave 2012

oleh : Izz Latif

kredit gambar : Murai

Shila Amzah telah berjaya menambat hati ribuan penonton dan barisan juri di dalam pertandingan Asian Wave 2012. Nyanyiannya mendapat tepukan gemuruh serta pujian daripada juri. Ini sekaligus melayakkan beliau untuk menjulang trofi pertandingan tersebut yang diadakan di Shanghai, China.

ALBUM KOMPILASI 4 DIVA ROCK LAGENDA BAKAL BERADA DI PASARAN!!!

Setiap kali membicarakan tentang industri ‘rock’ tempatan, tentu sahaja dikaitkan dengan penyanyi solo atau berkumpulan yang dipelopori oleh golongan lelaki. Begitu ketara sekali betapa muzik ‘rock’ dimonopoli oleh golongan ini. Atas faktor jantina ini, kemunculan Ella dalam kebangkitan muzik rock pada mulanya diragui dan dipandang enteng. Ramai yang mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai seorang penyanyi ‘rock’ wanita.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV