Monthly Archives: August 2012

’29 Februari’ – Cerita Cinta Sejati Yang Abadi Untuk Semua

oleh : Izz Latif

Sewaktu filem ini mula diperkatakan ramai yang menganggap terdapat persamaan antara ‘29 Februari’ dan filem pencalonan Oscar, The Curious Case of Benjamin Button. Namun pengarah ‘29 Februari‘, Edry Abdul Halim, menegaskan persamaan antara kedua-dua filem tersebut adalah genre yang diketengahkan hampir sama.

Abby Abadi Pertikai Bekas Mufti Dr. Asri Mengenai Hudud

oleh : Izz Latif

Ooopsss Abby! You did it again. Mungkin itulah reaksi ramai pihak gara-gara perkhabaran terbaru tentang pelakon yang semakin lantang bersuara sejak akhir-akhir ini iaitu Abby Abadi.

Petang tadi heboh sebentar di Twitter dek kerana kelantangan Abby yang begitu berani mempersoal seorang bekas mufti. Bekas mufti yang dimaksudkan ialah Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau turut dikenali sebagai Dr. MAZA. Sudah pasti ramai yang mengenali beliau. Ramai juga mengakui Dr. MAZA ialah seorang pemikir Islam yang sudah menerbitkan puluhan bahan ilmiah berkaitan agama Islam.

[Gambar] Izara Aishah, Wawa Zainal, Diana Amir , Hanez Suraya, Sharifah Zarina,Sleeq, Zizan dll di Sampaikan Raya 2012

Izara Aishah

Baru-baru ini, kami berkesempatan untuk bertemu beberapa orang selebriti dan merakamkan gambar mereka sewaktu rakaman Sampaikan Raya 2012. Antaranya adalah Izara Aishah, Wawa Zainal, Diana Amir, Hanez Suraya, Sharifah Zarina, Kumpulan Sleeq, Zizan Razak, Ramlah Ram, Fimie dan ramai lagi… Jom saksikan gambar2 dibawah. Kredit gambar juga kepada Blackpepper Production

(Video) Dato’ Siti Nurhaliza & Hafiz – Muara Hati

Selepas memenangi Akademi Fantasia, Hafiz semakin diterima dalam industri hiburan Malaysia. Bakat beliau semakin dipandang kerana tatkala kita ketandusan penyanyi lelaki pelapis yang berbakat, beliau hadir dengan vokal dan suara yang sungguh bagus. Gandingan Hafiz dan Adira menerusi lagu duet paling popular 2011, Ombak Rindu, meninggalkan impak yang begitu besar buat peminat muzik tempatan.

(Gambar)Irma Hasmie sudah berbadan dua – Tahniah

Patutlah ketika ditemui dalam satu rakaman program hari raya, wajah Irma Hasmie dan suami, Redza Shah kelihatan berseri-seri dan ceria. Rupanya Irma Hasmie sudah berbadan dua. Beliau khabarnya telah hamil 5 minggu.

“Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu.”- Ujar Irma (Sumber : Murai.com.my)

Semoga segalanya berjalan lancar buat Irma dan Suami. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda berdua.

 

(Gambar) Dynas Mokhtar bersama anak keduanya

 

Umum mengetahui pelakon cantik Dynas Mokhtar telah selamat melahirkan anak keduanya pada 15 Jun lalu. Cahaya mata kedua itu telah diberikan nama Mohamed Haqaish Bin Mohd Hafizy.

Filem pendek Petronas ‘Strangers’ menyentuh hati

Petronas sangat sinonim dengan iklan dan filem pendek mengenai perayaan di Malaysia. Ramai menantikan iklan Petronas yang sering menjadi pujian kerana hasil yang cukup bagus. Bukan saja menceritakan keindahan komuniti pelbagai kaum di Malaysia malah sentiasa ada pengajaran yang tersirat di sebalik iklan-iklan tersebut.

Abby Abadi dan Memey Suhaiza kini berbaik, berbuka puasa bersama

 

Pada mulanya ketika gambar ini tersebar mungkin ramai yang mengatakan gambar ini fake/palsu atau diubah secara digital. Namun, gambar ini asli! Ye asli. Datang dari sumber perbualan itu sendiri. Abby Abadi menerusi laman Twitternya telah berkongsi gambar-gambar beliau bersama anak-anak dan bekas suami, Norman Hakim dan seteru lamanya iaitu Memey Suhaiza.

Rumah Aznil Nawawi dirompak!

Menurut laporan Kosmo! rumah yang didiami oleh pengacara terkenal, Aznil Hj Nawawi telah dimasuki perompak. Kejadian pecah masuk tersebut berlaku pada malam kelmarin. Dianggarkan kerugian bernilai hampir RM40,000 telah dialami oleh selebriti itu. [ Klik untuk berita lanjut ]

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV