Monthly Archives: July 2012

Apabila Fazura dan Izara bergambar bersama. Gorjes!

Izara dan Fazura khabarnya akan tampil bergandingan di dalam Majalah Nona edisi September. Daripada ‘preview‘ yang diperolehi, mereka ditampilkan umpama adik beradik kembar. Sangat cantik dan menawan. Sama-sama kita tunggu Majalah Nona edisi September untuk cerita dan gambar awesome mereka…

( Gambar ) Maria Mariana 2012 ?

Ini bukanlah tajuk sebuah filem baru, ia hanyalah sekadar sesuatu yang terlintas di fikiran kami semasa melihat Ziana Zain dan Erra Fazira digandingkan bersama seorang lagi selebriti dalam sebuah program Hari Raya yang dirakamkan baru-baru ini. Kami pasti mesti ramai yang masih ingin melihat mereka berdua digandingkan semula dalam sebuah filem terbaru… Mesti gempak.

Gambar Terkini Irma Hasmie, Almy Nadia, Johan Ashaari, Amran Ismail dan Hanez Suraya,

Kami sempat merakamkan beberapa keping gambar terbaru Irma Hasmie, Almy Nadia, Amran Ismail, Johan Ashaari dan Hanez Suraya untuk tatapan anda. Mereka adalah antara barisan artis yang telah menjayakan Majlis berbuka puasa dan rakaman program raya bersama penghuni Asrama Kaseh Yayasan Basmi Kemiskinan Serendah, Hulu Selangor.

Ziana Zain, Amy Search, Erra bakal meriahkan Hari Raya Pertama Anda

 TV3 Buat pertama kalinya menggandingkan mereka di dalam sebuah program Raya yang diberi nama “Ziana, Amy, Erra”. Ia adalah sebuah rancangan berbentuk temubual , gameshow dan persembahan nyanyian bersama artis undangan dan mereka sendiri .  Pastinya ia akan menceriakan hari raya nanti. Jom lihat beberapa keping gambar ketika rakaman berlansung baru baru ini…

Zed Zaidi dapat Anak Lelaki – Tahniah!

Lebih kurang beberapa jam yang lepas, Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi telah pun mengumumkan sebuah berita gembira kepada semua melalui twitter. Beliau dan isteri telah menimang cahaya mata.  Bayi lelaki  seberat 4.32 kilogram ini dilahirkan secara pembedahan sekitar jam 10 pagi tadi, di sebuah Pusat Perubatan sekitar Damansara. Ryan Ziqry adalah nama yang dipilih untuk anak beliau. Tahniah!

(Gambar) Fasha Meraikan Hari Lahir Jejai

Baru baru ini Fasha Sandha melalui facebook beliau telah berkongsi foto saat manis beliau dan Jejai sewaktu sambutan hari lahir Jejai dalam satu majlis yang simple dan sweet.

Majlis Berbuka Puasa Aquila Emas berlangsung meriah

Baru baru ini bertempat di The Federal Kuala Lumpur telah berlangsung sebuah majlis berbuka puasa meraikan anak-anak yatim dan rakan media. Majlis anjuran syarikat produksi dan pengurusan artis Aquila Emas Sdn Bhd dengan kerjasama The Federal Kuala Lumpur itu bersempena menyambut  bulan yang penuh keberkatan, Ramadhan Al Mubarak.

PILIHAN HARI RAYA Warner Music!

Jangan biarkan bahang pilihan raya yang semakin hampir ini mematikan semangat raya anda! Lupakan segala sengketa sesama ‘bangsa dan agama’ dan sambutlah Aidilfitri kali ini dengan penuh kemeriahan bersama! Khas daripada Warner Music Malaysia, terimalah sebuah album kompilasi yang bakal menceriakan raya anda!

Gambar Diana Danielle Melancong di Eropah

Diana Danielle baru-baru ini telah berkongsi beberapa keping gambar peribadi beliau semasa bercuti di Eropah (London, Amsterdam, dan Barcelona) di Fanpage Facebook beliau. Jom lihat gambar-gambar tersebut …

Rozita Che Wan Hiasi Majalah Nona dengan imej Berturban

Kepada peminat fanatik Che Ta, anda bolehlah mendapatkan majalah Nona keluaran Ogos 2012. Imej yang ditampilkan Rozita Che Wan kali ini agak berlainan dan sejuk mata memandang, bersesuaian dan menghormati bulan Ramadhan Al-Mubarak. Lepas ni nak lihat imej che Ta bertudung pula ya.. 🙂

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV