Monthly Archives: June 2012

Osman Kering Meninggal Dunia – Takziah buat keluarga

Hari ini industri hiburan tanah air sekali lagi kehilangan seorang artis yang telah banyak menyumbangkan bakat dan keringat, Osman Kering. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir jam 3.45 petang tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) setelah koma sejak 10 jun yang lalu. Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham.

Tahniah! Memey disahkan hamil

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti popular Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza yang telah dikhabarkan hamil. Kandungan yang berusia 6 minggu itu telah disahkan oleh doktor. Sebelum itu, Memey telah membuat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas pulang dari lokasi penggambaran.

“Abang Norman  membawa saya ke klinik dan alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu.”

Memey berkongsi berita gembira itu dengan media seperti yang dipetik Media Hiburan lewat petang semalam.

“Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak,” tambahnya lagi. Memey dijangka akan bersalin pada Februari 2013.

Buat pasangan ini, kami di Media Semasa mendoakan agar kandungan yang masih diperingkat awal itu sihat.

 

oleh : Izz Latif

Anuar Zain Merajuk Lagu Tidak Dilayan Pihak Radio

 Siapa yang tidak kenal dengan figura terkenal ini, telah dikenali sebagai antara penyanyi lelaki yang paling disanjungi di Malaysia.  Kemunculannya sentiasa dinantikan peminat-peminat beliau. Namun selepas 30 tahun menceburi bidang seni dengan kejayaannya tersendiri, penyanyi ini meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan trend yang berlaku dalam indusri hiburan Malaysia kini.

Aaron Aziz Tampil Cute di cover majalah Lisa!

Jejaka idaman seluruh Nusantara, Aaron Aziz nampaknya tampil dengan imej muda remaja melalui cover Majalah Lisa edisi 15 Jun 2012. Jadi kepada Die Hard Fan beliau, dapatkan majalah Lisa sekarang juga! 🙂

Hujan sedia tanggung Risiko bersama ‘Sang Enemy’

Demi untuk memberi kelainan dan pengalaman berbeza kepada peminat, Hujan sedia mengambil risiko untuk memperkenalkan Album terbaru, Sang Enemy. Lagu lagu yang terkandung dalam album ini kami kategorikan sebagai agak berat dan sangat berbeza dengan lagu-lagu Hujan sebelum ini . Ia sesuai dengan tagline ‘Hujan kini berevolusi!

Mizz Nina mahu ‘TakeOver’ hati peminat muzik pop!

Penyanyi sensasi yang juga isteri kepada Noh Hujan, Mizz Nina kini bertekad untuk sekali lagi menawan hati peminat muzik pop dengan memperkenalkan Album terbaru, Take Over.  Jika pada tahun 2011 beliau mempertaruhkan lagu “What you waiting for”sebagai single pertama, pada tahun ini beliau memperkenalkan Takeover.

Barisan Artis Popular bakal berdikir barat di KL Music Festival, Istana Budaya

Tarikh 1 hingga 2 Julai 2012 bakal mencatat sejarah tersendiri kepada industri muzik tanah air. Ini kerana, barisan artis popular akan berganding suara untuk berdikir barat di Istana Budaya sempena Festival Muzik Kuala Lumpur. Extravaganza Dikir : Segalanya Disini bertemakan “Dari Desa Ke Istana”, ia bertujuan untuk mengajak orang ramai menikmati persembahan tradisional yang popular di pentas berprestij apatah lagi dengan menampilkan artis popular. 

Khas buat peminat Sudirman, 4 Koleksi mesti milik!

Mengimbau kembali zaman kegemilangan Allahyarham Sudirman Hj Arshad, pihak Warner Music Malaysia kini mengeluarkan 4 buah album yang memuatkan lagu-lagu popular beliau.

Mentor 6 : Gelaran Juara Milik Caroline!

Pentas Mentor 6 telah berlabuh malam tadi dan Caroline telah dinobatkan sebagai juara. Majlis yang berlangsung dengan jayanya di Stadium Melawati itu turut menyaksikan Zatul ( Protege Fauziah Ahmad Daud ) sebagai pemenang tempat ke dua dan Anas (Protege kepada Faizal Tahir menduduki tempat ketiga.

Nurul Wahab sah jadi Isteri Eric Depp – Tahniah!

Hari ini, bertempat di Ductchess Place Ampang, telah berlansung satu majlis pernikahan antara Noorulhuda Abd Wahab, 35, yang lebih dikenali dengan nama Nurul Wahab dengan Lelaki pilihan, Eric Daniel Depp .Upacara Akad Nikah disempurnakan oleh kadi dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Azizan Othman bersama mas kahwin sebanyak RM80 dan hantaran bernilai RM20,000. – Tahniah Kami Ucapkan!

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV