Monthly Archives: May 2012

Album Firdaus ” Saat Terindah” tampilkan kelainan

Setelah 5 tahun sepi tanpa berita, kumpulan Firdaus kini muncul dengan memperkenalkan album terbaru mereka yang bertajuk “Saat Terindah”.  FIRDAUS telah pun menghasilkan 4 buah album sebelum ini sejak penubuhan mereka pada tahun 1997. Album ke 4 telah melonjakkan nama mereka menerisu lagu hits Ku Berlari, duet mereka bersama Cat Farish dan Akbar. Masih Ingat?

Tomok dan isteri dapat anak lelaki – Tahniah!

Lewat petang tadi, Shah Indrawan atau nama komersialnya Tomok telah berkongsi satu berita yang menggembirakan. Isteri beliau telah selamat melahirkan bayi lelaki jam 6.03 petang tadi. Lantas gambar pertama bayi tersebut di muatnaik melalui twitter beliau. Tahniah !

Pencarian Model Eyoi Musim ke-2 kini bermula, Siapa bakal bergelar Juara?

(Gambar ehsan : Eyoi Team)

Satu pencarian model dan bakat baru yang dinamakan “Eyoi Artistic Commercial Model Search cycle 2” sedang berlansung dan kemuncaknya adalah pada 23 Jun 2012 ini. Sebanyak lebih 40 peserta lelaki dan perempuan mengambil bahagian.

House Of Doll – Inspirasi Fazura

kredit gambar (Berita-harian.net)

Sesuai dengan imej dan gelaran yang selalu diberikan kepada beliau, Fazura kini tampil dengan sebuah butik yang diberi nama ‘House Of Doll”. Butik yang terletak di Bangsar itu bermodalkan ratusan ribu ringgit dan menurut Fazura , ia adalah hadiah kepada peminat. Ramai peminat  yang ingin memperagakan busana secantik Fazura dan kini impian itu boleh dicapai dengan pembukaan butik ini.

Zed Zaini kini Presiden Seniman

Baru-baru ini, Mesyuarat Agung Seniman telah diadakan di Finas. Dalam mesyuarat tersebut, Zed Zaidi telah dilantik sebagai Presiden Seniman yang baharu. Beliau menggantikan Harun Salim Bachik yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam pemilihan ini. Pelantikan Zed Zaidi sebagai Presiden dianggap suatu keputusan yang terbaik memandangkan kelantangan suara dan komitmen yang telah ditunjukkan beliau semasa menjadi Naib Presiden Seniman sebelum ini. Diharap pelantikan ini akan sedikit sebanyak dapat memperbaiki industri hiburan tanah air. Tahniah

Diana Danielle Anggun Bertudung…

Anggun sungguh Diana Danielle bila bertudung untuk Majalah Eh keluaran Jun 2012 ini. Kami harapkan semoga pada suatu hari nanti, imej begini kekal menjadi imej beliau. Jangan lupa untuk dapatkan Majalah Eh keluaran Jun di pasaran untuk lebih banyak informasi dan tips terkini.

HUJAN PERJUANGKAN “RUMAH KITA”

Kumpulan anak muda yang sangat aktif dalam dunia hiburan tanah air, HUJAN, kini bakal muncul dengan album terbaru!
Bagaikan tidak pernah haus dengan kreativiti, HUJAN tidak pernah menghampakan para peminatnya dengan sentiasa menghasilkan karya-karya bermutu, sesuai dengan citarasa muda-mudi. Terbaru, mereka kini muncul dengan single terbaru, RUMAH KITA.

Rock, Rock Sampai Jatuh!

Sebagai sebuah genre, muzik rock dimulakan pada tahun 1950. Antara lagemda Rock adalah Elvis Presley, Jerry Lee Lewis, Carl Pekins, Gene Vincent dan The Blue Caps. Muzik rock masih lagi releven dan digemari sehingga kini.

Warner Music sekali lagi menampilkan sebuah album himpunan koleksi lagu rock sepanjang zaman, 5CD dalam satu Album! dengan hanya RM55.90. Dapatkan di pasaran sekarang!

Michelle Yeoh Terima darjah kebesaran negeri perak – Tahniah!

Baru baru ini, Michelle Yeoh telah menerima darjah kebesaran dari Negeri Perak bersempena Hari Keputeraan Ke 84 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak itu membawa gelaran Datuk Seri. Upacara penganugerahan berlansung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dalam satu Majlis istiadat. Tahniah kami ucapkan. Semoga Datuk Seri Michelle Yeoh terus aktif memperjuangkan bakat seni lakonan beliau di peringkat Antarabangsa.

Misteri Cinta – Hadiah Ziana Zain buat peminat

Penyanyi popular, Ziana Zain kini tampil dengan klip video muzik terbaru, Misteri Cinta. Lagu Misteri Cinta merupakan sebuah lagu duet antara Ziana Zain dan Suhaimi Meor Hassan. Video ini telah dipertontonkan buat pertama kali secara ekslusif di Majlis Sambutan Hari Lahir Ziana Zain di The Gardens baru-baru ini.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV