Monthly Archives: April 2012

Lagi Gambar Wedding Fasha dan Hantaran

Kredit gambar : Oh Bulan

Koleksi Hantaran dari Fasha Sandha

 

Fasha Sandha Sah Milik Jejai

Aktress Popular Fasha Sandha kini telah sah menjadi Isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai tepat jam 9.45 malam dengan 2 kali lafaz. Majlis akad nikah ini berwalikan bapa Fasha Sandha sendiri  Hassan Bin Mohaiddin.

Gambar Majlis Berinai Fasha Sandha

Teruskan mengikuti entry ini untuk lebih banyak gambar…

Gambar Pre Wedding Scha + Awal (Shawal)

Saiful Nang telah pun mengeluarkan gambar pertama pre wedding Scha dan Awal yang bertemakan “The Best Man Win”. Ohsemm kan?

kami akan update gambar-gambar mereka dari masa ke semasa…

Majlis Amal dan penyerahan bantuan kepada rumah kebajikan meriah!

Bertempat di hadapan Izzat Studio Galaxy Ampang, satu majlis meraikan golongan kurang upaya, anak yatim dan rumah kebajikan sekitar Ampang telah pun diadakan. Pelbagai acara diadakan seperti Pertandingan “Make Up Fantasy Magical”, Peragaan Fesyen, jualan amal dan acara menyampaikan sumbangan ikhlas dari pihak pihak yang prihatin. Majlis turut dihadiri selebriti tempatan seperti Amran Ismail, Zahida Rafik, dan Fazli Zainal.

Reen Rahim – Juara Pilih Kasih Musim ke 3

Reen Rahim (24) telah dinobatkan sebagai juara Pilih Kasih musim ke 3 yang telah melabuhkan tirainya malam tadi. Beliau telah memperolehi undian sms tertinggi iaitu sebanyak  17.75 %  dan 50% daripada Rosyam Noor. Dengan kemenangan itu, beliau layak membawa pulang hadiah bernilai RM 200 000. 

7 Bintang generasi baru di Intrend MEI 2012

Majalah Intrend meraikan ulangtahun ke 7 dengan menampilkan 7 selebriti popular generasi baru di muka hadapan majalah keluaran MEI 2012. Mereka adalah Sharnaaz, Elfira Loy, Sharifah Sakinah, Nazim Othman, Anzalna Nasir, Izara Aishah dan Amar Asyraf.  Pastinya pelbagai cerita menarik dan pengalaman bakal dikongsikan dengan pembaca. Jom dapatkan Intrend Mei 2012 di pasaran sekarang!

Majalah Hijabista Edisi Pengenalan Tampilkan Diana Amir

Kumpulan Karangkraf baru baru ini memperkenalkan majalah terbaru yang dinamakan “Hijabista”, sesuai dengan misi majalah ini iaitu memberikan panduan dan informasi terkini mengenai fesyen tudung. Majalah ini sesuai untuk  wanita muslimah yang sememangnya berhijab ataupun kepada wanita yang sedang ingin mencuba mengenakan hijab. Majalah yang padat dengan info ini kini boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Diharap dengan terbitnya majalah ini, ramai lagi akan memilih untuk bertudung. Baru nampak stylo tetapi sopan!

“Istimewa” dari Ahmad Dhani dan T.R.I.A.D

Sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air adalah Ahmad Dhani, seorang produser, penggubah lagu, komposer, penyanyi, juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Dewa 19, sebuah band Indonesia yang sangat terkenal di Malaysia. Sebagai seorang penggiat seni yang sangat aktif dalam industri, Ahmad Dhani kini muncul dengan projek terbarunya yang melibatkan satu kumpulan anak-anak muda yang kini dikenali sebagai T.R.I.A.D.

Gambar Pemenang Baju Terbaik ABPBH 2011


Pada Malam Abpbh 25, pemenang pakaian terbaik kategori artis adalah milik Ziana Zain yang memakai busana Zery Zamry dan Dafi, yang mengenakan pakaian dari Jovian Mandagie. Masing-masing memenangi hadiah barang kemas dari Rafflesia bernilai RM 10 000. Teruskan mengikuti entry ini untuk gambar seterusnya.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV