Monthly Archives: February 2012

Mawi dan Ekin dapat cahaya mata, tahniah!

image

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Mawi dan Ekin yang baru sahaja mendapat anak perempuan awal pagi tadi. Bayi mereka yang seberat 2.8 kg itu dilahirkan di sebuah Hospital Swasta di Bangi sekitar jam 4 pagi. Kami tumpang gembira dengan kelahiran ini. Tahniah!

update : bayi mereka diberi nama Cahaya Malaika, sedap dan unik sungguh

Senarai Pemenang Oscar – Tahniah!

Best Cinematography: Hugo

Art Direction : Hugo

Best Achievement in Costume Design : The Artist

Best Make Up : The Iron Lady: Mark Coulier And J. Roy Helland

Best Foreign Film : A Separation, Iran

Best Supporting Actress: Octavia Spencer – The Help

Best Achievement in Editing: The Girl with the Dragon Tattoo: Angus Wall, Kirk Baxter

Best Achievement in Sound Editing: Hugo: Philip Stockton, Eugene Gearty

Best Achievement in Sound Mixing: Hugo: Tom Fleischman, John Midgley

Best Animated Feature Film of the Year: Rango : Gore Verbinski

Best Visual Effects: Hugo

Best Supporting Actor : Christopher Plummer – Beginners

Best Original Score: The Artist

Best Original Song: The Muppets: Bret McKenzie – Man or Muppet

Best Adapted Screenplay : The Descendants

Best Original Screenplay: Midnight in Paris: Woody Allen

Best Live Action Short Film : The Shore wins

Best Documentary (Short) : Saving Face

Best Animated Short Film : The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore

Best Director : The Artist – Michel Hazanavicius

Best Honorary Oscar Winners : Oprah Winfrey, James Earl Jones & Dick Smith

Best Actor in a Leading Role : Jean Dujardin – The Artist

Best Picture: The Artist

CINTA SEJATI – HASIL KERJASAMA WARNER MUSIC DAN CD RAMA

CINTA adalah nadi kehidupan. Tanpa mengenal usia, tidak kira tua, muda, lelaki mahupun perempuan, CINTA hadir sebagai pelengkap kehidupan.

Menyentuh perihal kepelbagaian ekspresi CINTA ini disebarkan, terdapat beberapa medium yang biasanya digunakan. Antara medium yang popular adalah melalui coretan novel, penerbitan filem, drama dan juga penghasilan lagu-lagu. Kesemua medium ini digunakan sebaiknya oleh para penggiat seni untuk berkarya dan berkongsi perasaan indah ini. Teruskan membaca entry ini untuk maklumat lanjut…

Sekitar Road Tour ABPBH di SACC Mall 2011 + 30 gambar

Road Tour pembuka tirai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 di SACC Mall Shah Alam semalam menerima sambutan yang hangat daripada pengunjung yang hadir. Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti terkenal yang tercalon dalam top 5 ABPBH, antaranya Adam, Awie Rafael, Forteen, Izara, Aizat Amdan, Rozita Che Wan, Aznil, Johan Ashari, Diana Danielle, Jozan, Shila Amzah, Sharznaz , Airiel Zhafril, Adi Putra, Six Sense dan ramai lagi. Majlis diserikan lagi dengan celoteh 4 orang pengacara seperti Didie Alias, Along Raja Lawak, Fara Fauzana dan Suraya Hot FM. Pengunjung kelihatan sangat terhibur sepanjang 5 jam acara tersebut berlansung iaitu dari jam 2 petang sehingga 7 malam.

Gambar- gambar candid sekitar acara Road Tour ABPBH 2011 di SACC Mall Shah Alam;

Teruskan mengikuti entry ini untuk lebih gambar…

Road Tour ABPBH 2012 di SACC Mall dapat sambutan hangat

image

Sekarang di SACC mall Shah Alam, sedang berlansungnya Road Tour ABPBH 2012. Acara ini mendapat sambutan hangat dari pengunjung dan peminat. Antara artis yang membuat persembahan adalah Awie Rafael, forteen , Izara Aishah, Aeril Zafril, Eja, Aizat, dan ramai lagi bakal dijangkakan membuat persembahan petang ini. Didie Alias, Fara Fauzana, Suraya dan Along Raja Lawak selaku pengacara membuatkan majlis menjadi hangat dan menghiburkan. Jom kunjungi SACC mall beramai ramai. Maklumat lanjut dan gambar-gambar akan menyusul.

image

Datuk Siti kumpul aset di luar negara

image

Baru baru ini, Dato Siti Nurhaliza telah menandatangi perjanjian untuk membeli sebuah kediaman mewah di Melbourne, Australia. Kondomunium ‘The Istana’ itu bernilai lebih dari RM 1juta. Dato Siti juga merupakan pembeli pertama kediaman berkenaan.  Tahniah kami ucapkan.

Ana Rafali nikah hari ini

Penyanyi Ana Rafali akan mengakhiri zaman bujang beliau petang ini di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati . Upacara akad nikah dijangka akan berlangsung pada jam 1petang. Tahniah dan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Maklumat lanjut akan menyusul.

Najwa Mahiaddin di muka depan Intrend Mac 2012

Najwa Mahiaddin yang popular dengan lagu “got to go”  kali ini tampil menawan dan lansing di edisi intrend Mac 2012.  Kami memang respek dengan beliau kerana walaupun anak kepada VVIP, beliau tidak menggunakan kedudukan istimewa untuk menaikkan dirinya di industri hiburan sebaliknya bermula dari bawah. Teruskan usaha dan semoga berjaya k!.untuk  melihat lebih banyak gambar dan cerita  dan lain-lain, mari dapatkan Intrend edisi Mac di kedai kedai berhampiran.

Lisa Surihani kini sah menjadi isteri Yusri dengan sekali lafaz, Tahniah!

Majlis Pernikahan Lisa Surihani (Kredit Gambar Oh Bulan)

Lisa Surihani kini telah selamat bergelar isteri kepada Yusri KRU, Majlis yang berlansung di Hotel Marriott Putrajaya itu menyaksikan pihak Yusri menghantar 7 dulang hantaran dibalas 9 dulang oleh pihak Lisa Surihani. Untuk makluman, majlis persandingan kedua-dua mempelai akan dilansungkan Ahad ini. Tahniah kami ucapkan, mari kita doakan semoga ikatan cinta Lisa dan Yusri berkekalan hingga akhir hayat.

Kredit Gambar : Ohbulan

 

Misha Omar selamat menjadi tunangan orang , Tahniah!

Misha Omar, penyanyi yang popular dengan lagu bunga bunga cinta telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan beliau, Firos. Majlis yang diadakan secara tertutup dan sederhana atas permintaan keluarga kedua-dua belah pilah  itu berlansung  semalam (21 Feb 2012) di Kubang Kerian, Kota Baru Kelantan. Tahniah kami ucapkan. Teruskan mengikuti entry ini untuk gambar-gambar sekitar majlis.

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV