Monthly Archives: January 2012

Single Terbaru Abby Abadi, “Aku Tak Mahu” !

Abby Abadi (Kredit Gambar MSTAR)

Setelah pelbagai dugaan dan cabaran diharungi, akhirnya Abby Abadi tampil dengan single terbaru berjudul “Aku Tak Mahu”. Tak mahu Siapa? Apa? tidaklah pula diketahui tetapi menurut Abby Abadi, ia bukanlah mengenai Zul Ariffin..Kekasih lama beliau. Ikuti berita penuh dengan terus membaca entry ini ;

ada “Hantu dalam Botol Kicap” ???

Poster Hantu Dalam Botol Kicap

Nampak gayanya Encik David Teoh kali ini masih lagi tidak meninggalkan “tabiat lama” beliau iaitu suka menukar tajuk cerita serius kepada cerita lawak. Setelah kejayaan “Jangan Pandang Belakang” , beliau mencipta “Jangan Pandang Belakang Congkak”, boleh buat sekuel lagi tu “Jangan Pandang Belakang Congkak 2” .

Apa pula kali ini? rasanya di inspirasikan dari filem “… Dalam Botol” , beliau menerbitkan pula sebuah Filem Terbaru yang diberi tajuk “Hantu Dalam Botol Kicap”,  dari namanya sahaja MS dapat meneka bahawa ini adalah sebuah filem komedi. Ada Hantu apa dalam botol kicap? sama sama kita nantikan buah tangan terbaru Metrowealth Pictures yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Sedikit Info “Hantu Dalam Botol Kicap”… (dengan terus membaca entry ini)

Ana Rafali Bakal Akhiri Zaman Bujang Februari Ini. Dengan siapa?

Ana Rafali

Bertempat di Darby Park Kuala Lumpur , Ana Rafali atau  nama sebernarnya Ana Nur Hidayah Mohd Razali telah membuat pengumuman bahawa beliau akan mengakhiri zaman bujang beliau. Tahniah dan Syabas dari Media Semasa, Semoga perkahwinan yang bakal berlansung akan berjalan dengan gilang gemilang!

“Dengan ini saya umumkan tarikh pernikahan saya bersama Ahmad Aznaim Bin Abdullah, 30 pada 25 Februari 2012 di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati. Insyallah, bapa saya akan menikahkan saya. Saya sudah mengenali Naim, seorang jurugambar pada 24 Julai 2005 melalui saudara. Zaman saya universiti memang saya minat fotografi. Kami berkawan sahaja ketika itu, dia pun tak tahu saya minat menyanyi, menulis lagu. Dan, dia juga yang menemani saya apabila diujibakat satu ketika dulu. Itu lah antara momen penting antara saya dan dia,”- Ana Rafali (sumber : Oh Bulan)

Mahu jadi sebahagian dari Max 24:7? inilah masanya!

Kepada rakan-rakan di luar sana yang ingin menjadi artis, anda mungkin layak menyertai kumpulan Max 24:7. Ini kerana Max 24:7 kini sedang mencari 2 orang bakat baru untuk sertai mereka. Syaratnya anda mestilah pandai Menyanyi dan Menari, disamping rupa paras yang sedap mata memandang. Untuk pengetahuan, Max 24:7 yang terkenal dengan lagu Cinta 24:7 serta gadis dan bunga ini sedang meningkat naik namanya di Industri Hiburan. Mereka khabarnya sedang sibuk menghadiri jemputan untuk membuat persembahan.

Jadi tunggu apa lagi? jika anda berminat, hubungi pengurus Max 24:7, Aesar Mustafa sekarang!

9 Gambar Persembahan 3 Suara

Gandingan mantap 3 suara pun memukau penonton semalam, konsep persembahan simple dan cuma fokus pada lontaran suara saja 🙂  Tak sedikit juga yang meramalkan lagu beribu sesalan ini akan menjuarai AJL 26 (termasuk MS sendiri 😀 ), namun yang pastinya peminat akan terus menanti buah tangan terbaru dari 3 suara ini. Mungkinkah?

Shillouette yang cantik 😀

Lagi Satu...

Lagi Banyak gambar dengan terus membaca entry ini…

Tahniah Dato Siti, Menang 6 kategori di Intunes Music Awards 2011 !

Siti Nurhaliza (Kredit Gambar Tv3.com.my)

MS mendapat berita bahawa Diva Terkenal Dato Siti Nurhaliza baharu saja memenangi 6 daripada 14 kategori yang dipertandingkan di Intunes Music Award 2o12 anjuran Intunes.com. Sebuah laman web yang mengikuti perkembangan semasa artis seluruh dunia dan bertujuan untuk merapatkan artis dengan peminat. Difahamkan, keputusan ini adalah berdasarkan undian oleh pelawat laman web tersebut dalam tempoh masa tertentu. Tahniah kepada Dato Siti atas pencapaian ini dan Malaysia seharusnya berbangga kerana kita mempunyai artis yang bertaraf antarabangsa…

Kategori yang dimenangi beliau adalah

– Favourite Artiste/Band
– Best Female Solo
– Best Album 2011 [All Your Love]
– Most Promising Artiste/Band
– Best Music Video [Falling in love]
– Best Use of Social Media (Twitter/Facebook)
– Sexiest Female Artiste

Tahniah dan Syabas!

11 gambar Persembahan Alyah

MS sempat merakamkan gambar persembahan Alyah (Persembahan terbaik AJL 26) untuk tatapan anda semua… Layanzzz ;

Babydoll on a music box - Alyah

teruskan melihat gambar gambar …

Gelaran Juara AJL 26 Milik Awan Nano!

M Nasir , Budi Hekayat dan Hafiz (Juara AJL 26)

Dari apa yang kita dapat lihat malam tadi, rasanya tidak salah untuk MS meletakkan AJL 26 kali ini adalah yang terbaik pernah dianjurkan.    MS yang duduk di belakang kerusi media semalam pun terpukau dengan persembahan, rekaan pentas, dan konsep yang super duper mengkagumkan!

MS ingin mengucapkan Tahniah kepada Hafiz, M Nasir dan Budi Hekayat kerana telah menjadi Juara Anugerah Juara Lagu 26 menerusi lagu Awan Nano . Senarai pemenang adalah seperti dibawah;

Debaran AJL 26 kini di sampai Kemuncaknya!

Mesti sudah ramai sedang berpusu pusu mengunjungi Kompleks Sukan Bukit Jalil untuk AJL malam ni. MS berdebar debar ni nak tahu keputusan. Mengikut ramalan MS, pemenang-pemenang adalah seperti berikut :

1-  Juara AJL – Beribu Sesalan : Tiga Suara

2- Tempat ke 2- Awan Nano : Hafiz

3- Tempat ke 3- Kalau berpacaran : Suhaimi Meor Hasan , Ana Rafali, Altimet

4- Vokal terbaik – Hafiz

5- Persembahan Terbaik – 3 Suara

Ramalan anda?

 

(8 gambar)Keputusan PPMH 2011/2012

Setelah berakhirnya malam kemuncak Konsert dan Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan, berikut adalah senarai penuh keputusan  pemenang ;

Berikut adalah keputusan penuh PPMH 2011/2012 bagi setiap kategori:…

Powered by WordPress | Designed by: Image Hosting | Thanks to MegaUpload Search, RapidShare Search and Internet TV